Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perkembangan & Peranan Mata Wang Islam


Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang Islam sehingga abad ke 18.

Pengenalan :

  • Penubuhan Negara Islam Madinah  pada tahun 622M menandakan bermulanya Tamadun Islam
  • Mencetuskan era baru dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi
  • Selaras dengan perkembangan ekonomi Tamadun Islam, wujudlah mata wang Islam

Isi :

Sejarah perkembangan :

Mata wang zaman Khulafa Al-Rasyidin :

  • Mula dicipta pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab ( 634-644M )
  • Standardasi yang digunakan ialah wang perak
  • Pada zaman khalifah Ali, mata wang Islam ditulis dengan Khat Koufi dan pusat pengeluarannya di Kota Basrah

Mata wang zaman bani Umayyah :

  • Abdul Malik bin Marwan perkenalkan dinar emas (694-695M) pusat pengeluarannya di Damsyik
  • Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof al-Thaqafi mencetak wang perak di Kufah (696M)
  • Gabenor Mesir, Abdul Aziz bin Marwan menghasilkan dinar emas bertulis perkataan “Dengan Nama Allah” mulai 697M.
  • “Fals” mata wang asing yang diubah suai mengikut Islam.

Mata wang zaman Bani Abbasiyah :

  • Peringkat pertama dicetak disemua bandar baru seluruh dunia Islam
  • Cetakan pertama dilakukan pada zaman pentadbiran Khalifah Abu Jaafar Al-Mansor (754-775M)
  • Pada zaman Al-Ma’mum (813-833M) cetakan wang diselaraskan di Baghdad. Mata wang ini diguna pakai dengan meluas
  • Dinar emas terakhir dicetak pada 1258M selepas kejatuhan Baghdad.

Mata wang Islam di Asia Tenggara :

  • Kerajaan Samudera pasai telah menghasilkan wang emas yang bertulisan Arab dan bersaiz kecil
  • Zaman kesultanan Melayu Melaka, wang emas mula digunakan pada zaman Sultan Muzaffar shah hingga zaman Sultan Ahmad Shah
  • Di Johor, wang emas dan perak dengan inskripsi Arab mula diedarkan pada 1527M. Wang perak (Katun) pula diperkenalkan pada 1600M.
  • Di Brunei, peringkat awal mata wang Islam diimport dari Negara Timur Tengah. Mata wang Brunei paling awal bermula pada masa pemerintahan Sultan Nasaruddin 1690-1710M)

Peranan Mata Wang :

Pembayaran Zakat :

  • Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran
  • Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadis
  • Jenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan sebagainya

Pembayaran cukai :

  • Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian

Urusan perniagaan :

  • Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem barter

Belanjawan :

  • Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang. Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah

Alat perimbangan sosial :

  • Mata wang dapat memelihara keseimbangan sosial masyarakat kerana dapat mengelakkan penipuan dan penindasan yang berlaku dalam sistem barter

 Lambang Negara Islam :

  • Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.
  • Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara.

Kesimpulan :

  • Islam turut mementingkan aktiviti ekonomi
  • Penggunaan mata wang Islam dengan peranannya yang pelbagai dalam Tamadun
  • Islam membuktikan bahawa Islam  amat memberatkan keadilan dalam ekonomi.

 

4 Responses

  1. diana salini says:

    salam cg selamat berpuasa di bln mulia ni..ehm cg nota yg cg bagi ni byk sgt membantu sy menyelesaikan kekusutan saya utk menghadapi peperiksaan stpm yg tak berapa lama lg ni..trima ksh byk2…semuga usah cg ni dpt membantu melahirkan pelajar2 yg lebih cemerlang utk bangsa dan agama Islam khususnya…wassalam wbt

  2. kesso ga says:

    terima kasih cikgu

  3. moon says:

    slm cgu,dari buku mana cgu dapat pasal wang ni…?boleh share buku…? dan siapa penulisnya cgu,,…?boleh bagitau

  4. ahmad nazhim says:

    Assalamualaikum, ckgu. Saya nk tnya apa punca british memperkenalkan mata wang british di tanah melayu dan mengapa mata wang primitif yang sedia ada tidak diterima pakai?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: