Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pertumbuhan Industri Di England


Huraikan faktor-faktor pertumbuhan industri di England.

Pendahuluan :

  • Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada mesin.
  • Perkembangan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di England dan Amerika daripada ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada negara perindustrian.
  • Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
  • Ini membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlipat kali ganda, modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja dan kelas pertengahan.

Isi-isi penting :

1)      Perkembangan bidang pertanian

  • Selepas 1750, berlaku pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian yang meningkatkan pengeluaran makanan di England. Penambahan makanan ini telah membawa kepada peningkatan penduduk. Pada tahun 1701, penduduk England dan Wales ialah 5.5 juta telah bertambah kepada 6.2 juta pada tahun 1751. Oleh itu, sektor pertanian menjadi cekap dan produktif dalam menampung bekalan makanan di England.
  • Perusahaan tekstil turut berkembang , memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil untuk menghasilkan tekstil di England.

2)      Modal dan bahan mentah

  • Kekayaan diperoleh daripada perdagangan dan industri kapas yang dilabur di bank pusat. Oleh itu, England mempunyai modal yang banyak dan dipusatkan di Bank England serta pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya.
  • England mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi. Empayar England di luar negara juga menjamin sumberr bahan mentah dan pasaran untuk barangan siap.

3)      Tenaga buruh dan pengangkutan

  • Kepesatan pertumbuhan penduduk pada pertengahan abad ke18 di bandar dan desa menyumbang kepada peningkatan permintaan barang keperluan dan keperluan tenaga buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang.
  • Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh negara.

4)      Peranan kerajaan

  • England menguasai industri perindustrian di Eropah kerana hasil kekayaan daripada amalan dasar merkantilisme. England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka. Pada abad ke18, kemunculan kelas pedagang diterima secara terbuka telah merapatkan hubungan antara kedua golongan.
  • England juga mempunyai kelengkapan kebendaan dan pengetahuan yang membantu mereka memasarkan barangan ke luar negara. Golongan puritan turut membantu mereka melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri.

5)      Penciptaan baharu dan teknologi

  • Penciptaan baharu dalam Revolusi Perindustrian seperti mesin menyemai benih oleh Jethro Tull (tahun 1700), Rotterham, sejenis bajak yang membantu proses menyemai berjalan dengan lebih lancar (tahun 1730an). Pada tahun 1798, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah digunakan.
  • Ini menyebabkan kurang penggunaan tenaga manusia dan menghasilkan lebihan hasil pertanian. Pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sumber bahan mentah kepada sektor perkilangan. Kesannya, berlaku Revolusi Perindustrian.

Kesimpulan :

  • Revolusi Perindustrian di England memperlihatkan beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan industri di negara tersebut. Terutamanya dalam bidang penghasilan barangan
  • Pertumbuhan industri di England telah menjadikan England sebuah negara perindustrian yang menguasai perdagangan di Eropah.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,627 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031