Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sumbangan I-Ching dan Cheng Ho


Bincangkan sumbangan I-Ching dan Cheng Ho dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.

Pengenalan :

  • Bangsa Cina merupakan  anatar bangsa terawal melibatkan diri dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Tamadun China melahirkan tokoh-tokoh pelayar yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
  • Antara tokoh-tokoh pelayar China yang terkenal ialah I-Ching, Cheng Ho, Fa Hsien dan Hsuan Tsang. Mereka memberisumbangan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan agama.

Isi :

Sumbangan I-Ching :

Latar belakang I-Ching :

  • I-Ching merupakan seorang rahib Buddha yang dilahirkan pada tahun 635M di Fan Yang. Beliau menerima pendidikan daripada dua orang guru terkenal iaitu San-Yu dan Hui-Hsi dan berminat mengembara ke India, sejak kecil untuk mendalami ilmu Buddha.

Sumbangan :

Pengembaraan :

  • Beliau memulakan pengembaraan ke India dengan menaiki sebuah kapal Parsi pada tahun 671M. Dalam perjalanan beliau singgah di Fu-Shih (Srivijaya), Mo-Lo-Yue (Melayu), Ka-Cha (Kedah) dan Lo-Jeng-Kuo. Beliau mendarat di Tamralipti yang terletak di Pantai Timur India pada tahun 673M. Selepas menuntut ilmu di Nalanda, beliau kembali ke China pada tahun 605M. Beliau singgah di Srivijaya dan menetap selama 4 tahun.

Mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.

  • Beliau mempelajari nahu, bahasa sanskrit selama setahun di Tan Mo Li Ti daripada seorang pendita yang bernama Tan-Cheng-Teng. Menurut I-Ching terdapat lebih kurang seribu sami Buddha di Srivijaya yang mempelajari ilmu dan ajaran Buddha.

Menulis catatan sejarah :

  • Menulis catatan tentang Srivijaya, kerajaan Kedah Tua dan Jambi. Beliau merekodkan pengalamannya dalam dua buah buku iaitu Nan Hai Chi Kuei  dan Ta Tang Si Yu yang mengandungi maklumat Srivijaya dan tempat-tempat lain yang dilawati oleh I-Ching.

Mengumpul dan menterjemah kitab-kitab Buddha :

  • Beliau mengumpul 4 ribu naskhah kitab suci agama Buddha yang mengandungi 500 ribu sloka Tripitaka dan menterjemahkan 56 buah kitab suci. Buku-buku tersebut diterbitkan dalam 230 jilid.

Sumbangan Cheng Ho :

Latar belakang Cheng Ho :

  • Tokoh pelayar China yang terkenal pada zaman Ming. Dilahirkan dalam keluarga pelayar terkemuka. Ayah dan datuk Cheng Ho pernah belayar ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Seorang yang beragama Islam dan berasal dari wilayah Yunan. Pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan dan berkhidmat semasa pemerintahan maharaja Yung Lo.

Matlamat Ekspedisi :

  • Matlamat utama ekspedisi Cheng Ho ialah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah asing dan mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Monggol

Memimpin ekspedisi :

  • Memimpin tujuh ekspedisi penjelajahan dan penerokaan serta mengetuai ekspedisi perlayaran terbesar pada tahun 1414 melibatkan 63 buah kapal besar dan 100 kapal kecil sebagai pengiring ke Asia Tenggara.

Merancang ekspedisi :

  • Merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara China dengan Barat melalui jalan laut, serta ekspedisi ke kawasan seperti kepulauan Melayu, India, Sri Lanka,Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika.

Mengiringi utusan :

  • Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja China ke negara-negara yang dilawati. Beliau diutus oleh Maharaja Yung Lo untuk mengiringi utusan asing yang kembali ke negara asal, iaitu benua Afrika.

Destinasi ekspedisi :

  • Pada tahun 1405 Masihi, beliau memimpin ekspedisi ke Asia Tenggara khususnya Sumatera, Jawa, Thailand, Tanah Melayu dan Borneo.
  • Melawat Melaka pada tahun 1409 dan 1411, dan menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara.
  • Pernah belayar ke India, Sri Lanka, Kepulauan Maldives, Teluk Parsi, Tanah arab dan pantai timur Afrika. Beliau pernah ke Jeddah, Hormuz dan Pantai Somalia untuk menjual barang-barang seperti tembikar dan sutera serta membeli barang-barang seperti gading gajah dan tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

Kesimpulan :

  • I-Ching dan Cheng Ho merupakan ahli pelayaran China yang memberi sumbangan besar dalam bidang pelayaran.
  • I-Ching memberi sumbangan dalam bidang sejarah khususnya mencatatkan rekod-rekod sejarah tentang kawasan yang dilawati. Beliau turut menterjemahkan kitab-kitab suci agama Buddha dan menyebarkan agama Buddha di China.
  • Laksamana Cheng Ho pula memainkan peranan dalam menjadikan China sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke 15 Masihi.

 

11 Responses

  1. nur afifah zulkefli says:

    terima kasih cikgu…harap akan dapat lebih pengetahuan menerusi weblog ini..

  2. aptx4869 says:

    thanks…

  3. fiza azmi says:

    Ass’kom ckgu jumali.. saya nak mintak tolong terangkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan Ib Battutah serta sumbangannya kepada Tamadun Arab..
    terima kasih..=)

  4. hafiz says:

    klau boleh tntng ibn sina skali….trima ksih

  5. Safie Fozi says:

    Assalamualaikum,

    Tuan/Puan…

    Hanya ingin bertanya, ada tak diceritakan sumbangan cheng ho kepada dunia islam dalam subjek sejarah di sekolah2.. kalau ada boleh tlg cerita sikit tak?

    Terima kasih.

  6. maya sufi says:

    terima kasih cikgu

  7. shara says:

    ckg…boleh letak gambar tokoh pelayaran skali…

  8. waniey92 says:

    salam ckg niy soalan sport tok taon niy kew??

  9. sti atiqah says:

    teringat zaman ppu….huuhuhuhuhu…

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,663 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031