Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Agama & Kepercayaan Jahiliah


Bincangkan Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan  Islam.

 Pengenalan :

  •  Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
  • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
  • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
  • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
  • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

 Isi :

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.

1.         Agama Hanif :

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2.         Agama Yahudi :

Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3.         Agama Nasrani :

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4.         Agama Wathani :

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5.         Agama Majusi :

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6.         Agama penyembahan Cekarawala :

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7.         Agama Animisme :

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10.       Kepercayaan tahyul :

  • Kepercayaan tangkal azimat
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
  • Membuat keputusan melalui anak panah.

 

Kesimpulan :

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

38 Responses

  1. tatai says:

    ur a gud teacher in da world. tq 4 sharing information about history subject. keep da gud work…

  2. fastnote says:

    Thanks tatai….

  3. Yiko says:

    nota-nota cikgu amat padat dan membantu bukan sahaja dalam sejarah, tetapi juga dalam Pendidikan Islam.

  4. Azzanea says:

    Cikgu telah memberi nota yang amat padat dan membantu saya untuk mengulangkaji pelajaran sejarah 1 ini. Terima kasih cikgu dan saya pun tidak tahu yang agama dan kepercayaan jahiliyah ada sampai 10 jenis. Alhamdulillah saya menemui laman web blog cikgu. Terima kasih.

  5. miera says:

    tq ckgu..isi2 ckgu bnyk mmbntu sye

  6. zaqyah says:

    Salam..bgaimna dgn kisah kitab taurat ya ckgu..?

  7. razi says:

    jahiliyah tetap jahiliyah.,

    gak akan masuk surga,sblum dpat hidayah islam.

  8. nurul says:

    thnx r ckgu..nota2 suma bes2..

  9. eca junsu says:

    trima kasih atas nota yg cikgu bg ni..ia sgt membantu sy yg mmg tgah blurrr pasai kertas sej 1 ni..

  10. mas says:

    good job…

  11. archelous says:

    leh kembangkan isi nya kah??

  12. siti nur amanina says:

    saya mahu tau latar belakang madinah tp x jmp ….erm .. mcm mn .. ??? tlg saya …

  13. siti nur amanina says:

    erm .. bila tarikh tahun gajah … ???????

  14. FIRDAUS says:

    Salam,
    Saya ucapkan syabas kpd saudara.Webblog anda sangat membantu rakan guru…tq soo much.Bolehlah saya bagi tau pelajar saya..lawat blog anda.

  15. jamalisaid says:

    sy sedang sambung pensiswazahan guru, bleh sy guna maklumat dlm blok cikgu tuk assgment sy

    • fastnote says:

      cikgu sangat dialu-alukan untuk menggunakan nota ini, ini adalah sebahagian usaha untuk memakmurkan ilmu-ilmu yang Allah dipinjamkan kepada kita semua, wassalam…

  16. nadya says:

    em nk tnye cm na sistem sosial masyarakat makkah dan madinah

  17. miss lina says:

    tak sgka cgu sy nk ambk s0aln mid year dr bl0g cgu jumali. ..skg,sy b0le c0py paste tr0s pmbtlan dr bl0g cgu..thnx cgu

  18. zulhilmi says:

    nota cikgu sungguh padat dan ringkas..ini memudahkan saya menjawab peperiksaan percubaan nanti…

  19. ieyka says:

    cikgu saya nak tny, apa maksud teori domino?

  20. Nikiero says:

    TQ………………BERMANFAAT :D SAYA HARAP PERKONGSIAN INI MEMBAWA BERKAT DAN KEJAYAAN UTK KITA SEMUA…

  21. izzuddin says:

    saya mahu bertanya tentang tajuk nabi muhammad saw dan pembentukan masyarakat islam.
    soalan saya adalah cara cara nabi muhammad berdakwah.
    sebab penentangan, cara cara penentanga dan bagaimna nabi muhammad mnyelesaikan kalo boleh bg lin dy sekali.. terma ksaih

  22. kim says:

    sorry,I’m new here.I’m wonder how to download the notes ? where is the link to download?
    Ermm,I didn’t mean to be rude BUT I just want to make sure about the notes.The notes given are accepted according to STPM scheme?(because my sir did say that some of the information on Internet maybe incorrect)

  23. muhaizi says:

    t.kasih cikgu..dari cikgu

  24. nur asikin says:

    terima kasih,

  25. nur asikin says:

    terima kasih cikgu,kerana berkongsi ilmu,

  26. nazrie says:

    terima kasih cikgu… perkongsian maklumat ini amat bermanfaat bagi saya

  27. anarif says:

    Salam hormat!!! Sungguh benar apa yang di perkatakan itu. Maka sedemikian.. Kehadiran ISLAM untuk menyadarkan umat manusia supaya kembali kepada Agama yang lurus iaitu fitrah manusia itu sendiri.. Al Quran mengungkap Firman Tuhan ” MAKA HADAPKANLAH WAJAHMU DENGAN LURUS KEPADA AGAMA ALLAH, FITRAH ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA MENURUT FITRAH ITU. TIDAK ADA PERUBAHAN PADA FITRAH ALLAH, AGAMA YANG LURUS, TAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUINYA ” (Surah Ar Ruum 30 :30).

  28. anarif says:

    Sungguh benar apa yang saudara katakan.. Yang penting bukan sejarah sahaja… Akidah Tauhid harus perlu di perbetulkan mengikut pahaman penerangan Nabi Muhammad SAW. Supaya umat ISLAM Melayu mengetahui sebenarnya sebutan bahasa Arab ALLAH itu apa arti maknanya? Sebelum ISLAM Hadir, sebutan ALLAH itu TUHAN dan TUHAN itu ALLAH sudah berada pada zaman Arab Yahudi dan Arab Nasrani serta kaum Arab jahiliyah.. yang iman nya seperti anak kecil yang belum memahami Nya…. Tanpa di sadari, kebanyakan umat ISLAM Hanya menyembah Nama bukan Makna? Mentauhid kan ALLAH itu maseh keliru? Harap Maklum. Salam hormat per saudaraan. Amiien. Dan bagaimana cara yang sebaik baik ketaqwaan yang sebenarnya? Supaya umat ISLAM sedunia bersatupadu kembali. Sedangkan pengertian Solat itu untuk mencegah perbuatan Keji dan Kezaliman.. Tapi kebanyakan mereka abaikan, membuat malu ajaran Nabi Muhammad, yang kini Non Muslim World mencemari Nama baik Nabi Muhammad Salallahu A’laihi Wasallam.

  29. BudakBotakJe says:

    Alhamdullilah.. Walaupun ringkas tetapi cukup memberikan ilmu pengetahuan yang luas kepada minda yang memerlukan makanan ini..

  30. anarif says:

    ” MAKA HADAPKANLAH WAJAHMU DENGAN LURUS KEPADA AGAMA., FITRAH ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA MENURUT FITRAH ITU. TIDAK ADA PERUBAHAN PADA FITRAH ALLAH., AGAMA YANG LURUS. TAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI” (QS. AR RUUM :30).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,108,088 pengunjung

Kalendar 2015

August 2015
M T W T F S S
« Jan    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Komen Anda

siti nurul ain binti… on Inflasi…Musuh Dalam Senyap
Fatihah on Apa itu Islam Liberal ?
anonymous on Apa itu Islam Liberal ?
Solehah_Zakaria on Apa itu Islam Liberal ?
zila on Apa itu Islam Liberal ?

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 210 other followers

%d bloggers like this: