Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kedudukan dan Peranan Maharaja Cina


Bincangkan Kedudukan dan Peranan Maharaja Dalam Pemerintahan Di Cina.

Pengenalan :

  • Negara China merupakan salah satu daripada empat buah negara yang mengamalkan raja atau monarki mutlak pada abad ke-16 sehingga akhir abad ke-20. Sistem raja atau maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China. Dalam masyarakat China, sistem raja atau maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan. Maka, institusi beraja memperlihatkan kedudukan raja atau maharaja sangat penting dalam masyarakat China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta mempunyai perlambangan kedudukan kerajaan. Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada raja atau maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.

Isi-isi :

  • Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga yang menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seorang raja atau maharaja. Konsep ini juga menjelaskan bahawa raja atau maharaja itu telah dianugerahkan satu kuasa memerintah oleh Tuhan. Melalui konsep mandat dari syurga ini juga, maharaja mendudUki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga dan diberi mandat untuk memerintah di muka burni.
  • Sebagai anak syurga, rakyat tidak boleh mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja. Malahan, rakyat dikehendaki mernberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja. Maka, maharaja akan mendapat p.enghormatan tertinggi daripada rakyat China serta bertanggungjawab menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam keadaan teratur dan makmur. Justeru, Maharaja China juga mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan tugas raja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Oleh itu, maharaja akan dipersalahkan bagi setiap kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya.
  • Maharaja China berkuasa mutlak dalam menggubal undang-undang, melantik pegawaipegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan tugas di bawah arahannya. Namun secara praktikalnya, kuasa maharaja adalah terhad. Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri) dan Censorate (Lembaga Penapis). Bagi melicinkan pemerintahan, maharaja membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas. Maharaja China juga turut menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan badan canselori pusat bagi memastikan penguasaannya dalam pemerintahan. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada enam kementerian iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. Selain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
  • Seterusnya, pada peringkat wilayah pula, maharaja membahagikan empayarnya kepada 15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil. Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja China juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera dan pegawai pengawas. Se lain itu, pentadbiran pegawai awam di daerah pula ditadbir urus oleh enam orang menteri iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan. Pentadbiran ketenteraan pula berada di bawah lima ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Namun begitu, Dinasti Ching memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.
  •  Tugas maharaja juga dalam bidang eksekutif. Maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan, melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, dan mengurniakan gelaran. Malahan, maharaja juga berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.

  • Disamping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan dan sebagainya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja ini membawa kepada perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China. Semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, Maharaja China telah menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan. Hal ini jelas menunjukkan peranan maharaja dalam urusan dasar luar Negara.Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang perundangan. Antara tugas maharaja adalah menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.
  • Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan dan bidang intelektual. Da lam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama dan mengetuai semua upacara pemujaan. Tugas maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan, mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.

Kesimpulan :

Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa sehinggalah meletusnya Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada sistem kemaharajaan China. Sega la pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan semula imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Reyolusi 1911 di China.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,567 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031