Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kepentinga Muzik Dalam Tamadun Awal


Bincangkan kepentingan muzik   dalam kehidupan masyarakat dalam tamadun Awal 

Pendahuluan :

Definasi Muzik

 

  • Menurut Ensiklopedia Britanica muzik ialah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal  yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.Menurut Kamus Dewan, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.
  • Ciri – ciri  muzik seperti  nama-nama lagu dan peralatan alat muzik.
  • Latar belakang tamadun awal Mesopotamia, Mesir, China, India,  dan Yunani.

 

Isi-Isi :

 

Kepentingan Agama dan Kepercayaan :

 

  • Muzik merupakan alat penting kepada kehidupan masyarakat tamadun awal dalam mempengaruhi nilai agama dan memantapkan jiwa mereka menghadapi kehidupan harian. Sebagai contoh dalam masyarakat tamadun Mesopotamia mereka memuja dewa-dewi melalui nyanyian. Upacara nyanyian akan dikendalikan oleh penyanyi yang digelar Gala yang tinggal di rumah berhala. Di samping itu peralatan muzik turut dimainkan semasa nyanyian seperti gendang, sistrum dan trompet untuk melahirkan rasa keasyiknya kepada tuhan. Manakala dalam zaman Vedik , lagu suci kitab Veda dinyanyikan dalam upacara pengorbanan yanag dikenali sebagai varga.

Perkembangan Ilmu Dalam Bidang Muzik :

 

  • Muzik turut memperkayakan ilmu masyarakat pada ketika itu. Ini dapat dilihat dalam masyarakat Mesopotamia, zaman Chaldea,  teori muzik yang mempunyai pertalian rapat dengan astrologi dan matematik telah dihasilkan. Seterusnya lahir bidang muzik seperti polifonik iaitu muzik berbagai-bagai bunyi yang harmoni. Manakla dalam tamadun India  karya-karya teori muzik dihasilkan seperti Brihad Deshi. Begitu juga perkembangan seni muzik di India dipengaruhi oleh epik agung seperti Ramayana dan Mahabbhrata. Pada zaman Ming, Putera Tsai-yu menghasilkan Handbook of Music yang terdiri daripada 19 jilid.

 

Sebagai Saluran Ekspresi Musikal dan Emosi  :

  • Dalam masyarakat awal Eropah,  mereka telah mencipta lagu berunsurkan riang,   lagu rakyat dan muzik kudus bertujuan melahirkan perasaan terhadap sesuatu suasana.

 

Terapi Perubatan :

  • Manakala dalam masyarakat Mesir alunan bunyi muzik mengembirakan manusia dan juga memberikan ketenangan kepada wanita ketika melahirkan anak.

Penghormatan dan Penghargaan :

  • Dalam masyarakat Mesir persembahan muzik dikendalikan   oleh golongan profesional. Mereka dipandang tinggi dan mulia dalam masyarakat. Kaum wanita juga diberi peluang sebagai penari untuk menghiburkan penonton.

Kepentingan Sosial :

 

  • Dalam masyarakat India terdapat muzik sekular yang dikenali sebagai desi bertujuan untuk hiburan semata-mata.

 Muzik Dalam Peperangan.

 Muzik Dalam Hafalan Ilmu.

 Muzik Sebagai Pelengkap Kepada Disiplin Seni yang Lain.

 

Kesimpulan  :       

 

Muzik memainkan peranan pentig dalam kehidupan manusia seperti bidang kegamaan dan keseniaan. Ia berkembang dan menwujudkan satu lambang budaya bagi mewakili identiti sesuatu etnik atau tamadun. Alat muzik telah ditemui daripada pengkajian arkeologi yang dijalankan dalam peninggalan Dinasti Shang.Dua jenis alat muzik yang telah ditemui ialah Ching (sonorous store) dan Hsuan ( globular Flute )

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: