Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Cikgu Jumali Tumpang Gembira…!!


Antara wajah-wajah ceria, gembira dengan kejayaan STPM 2010…

Tn. Hj. Borhan b. Md. Nor (GPK PPU) bersama Nur Afiq Asnawi (3.42) dan Zulaikha (3.08), …. antara pelajar  cemerlang dalam STPM 2010. Syabas buat anda semua.

Mohd. Norafif … (3.42)

Nor Suria Hati … (3.50)

Nor Ernie… (3.42)

Nurul Fahana … (3.42)

Safiah … (2.92) dan Ilyani … (2.75)

 

Filed under: Mesti Baca

STPM 2010….


 

Kejayaan dan kegagalan

bukan milik kita

kita hanya mampu…..

berusaha, berdoa dan bertawakkal

ALLAH yang berhak menentukan segalanya…..

Biarlah titisan air mata

membasahi pipi ayah dan bonda

yang akan membungai sanubarinya

lantaran usaha gigih kita

tanpa mengenal putas asa

jihadmu menuntut ilmu-ilmu ALLAH

 

Janganlah kau limpahi tangisan kegagalan

membasahi pipi ayah dan bonda

yang akan merobek-robek jiwa mereka

lantaran kemalasan, kejemuanmu

menimba ilmu-ilmu ILAHI

 

Kejayan dan kegagalan bukan milik kita

tetapi milik ALLAH

pencipta alam semesta.

 

Filed under: Mesti Baca

Kenapa Susah Sangat Untuk Bersyukur dan Redha atas Ketentuan Allah…


Kenapa ?… kerana diri merasa ‘akulah yang betul, akulah yang tahu, orang lain belum mengetahui,… akulah yang hebat  ( tak ingat Allahu Akbar, tapi merasa dirinya yang akbar)

Susah untuk bersyukur?…  susah itu terjadi apabila diri tidak mengetahui, apabila diri itu tidak mahu mengingati Allah ( lalai mengingati Allah)…
Islam itu mudah, mudah itu datang setelah berilmu, dan mahu tunduk kepada Allah dan Islam, yakni menjadi Muslim yang berserah diri totally kepada Allah, menyedari bahawa setiap diri sedang di uji oleh Allah,… telah di uji oleh Allah dan siapa buat sesuatu sebesar zarah sekalipun akan di balas oleh Allah.
Islam itu mudah, apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri mu, apa saja kejahatan dan kekejian yang kamu lakukan juga akan dapat kepada mu. Moga tidaklah susah untuk kita bersyukur…

Mulakan bersyukur,…  dengan mengucapkan, terima kasih kepada diri sendiri, yang mahu taat perintah agama, mahu dengar perintah agama, terima kasih ya Allah, mengizinkan dan menganugerahkan diri ku kebaikan.
seterusnya,… terima kasih kepada orang lain, atas segala bantuan dan pemberian mereka.
seterusnya,… ucapkan Alhamdulillah, kepada sekalian makhluk Allah, tumbuh tumbuhan, bila kita menggunakan mereka, contoh, kepada bayam, terung, keladi, kelapa, terima kasih, sedap tadi kami makan kamu, alhamdulillah ya Allah

Redha dengan ketentuan,…  apabila dapat bersabar, terhadap apa saja yang berlaku sekitar kita, dan pada diri kita. Kita kena terimalah, Bukan kuasa kita apabila segalanya telah berlaku, yang kita boleh lakukan ialah, menambah baik amalan semoga ada penambahbaikan.

Kepada pelajar Cikgu Jumali,… apa yang berlaku pada hari Isnin ni adalah ketentuan-Nya,… bersyukur dan redhalah dengan ketentuan-Nya, ada hikmah di sebalik segala apa yang berlaku…

 

Filed under: Mesti Baca

Result STPM 2010 Isnin Ini…


Keputusan STPM 2010 akan diumumkan pada hari Isnin ini, 21 Februari 2011. Cikgu Jumali mengambil kesempatan mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang, dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kepada semua pelajar PPU 2010.

Filed under: Mesti Baca

Salam Maulidur Rasul Untuk Semua…


Filed under: Mesti Baca

Terima Kasih… SMK Merbok, Kedah


Weblog Cikgu Jumali mengucakan terima kasih kepada semua pelajar PPU SMK Merbok, Kedah, kerana sudi berkunjung ke sekolah Cikgu Jumali untuk perkongsian ilmu dan pengalaman… Ada kesempatan lain kita jumpa lagi…

Terima kasih semua…

Filed under: Mesti Baca

Apa Khabar Semua ?!!…


Alhamdulillah,….. baru hari ni cikguJumali ada masa buka weblog cikgu ni…. Tekadkan azam tahun baru ini untuk cemerlang dalam STPM terutamanya subjek Sejarah. Insya-Allah cikguJumali akan berkongsi nota dan maklumat mengenai subjek Sejarah Kertas 1. Teruskan sokongan anda….

CikguJumali

Filed under: Mesti Baca

Nota Sejarah Penggal 1,2 dan 3 :

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,569 pengunjung

Kalendar 2016

February 2011
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28