Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Nasionalisme Di Syria


Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 Masehi.

Pendahuluan

  • Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar turki uthmaniyah yang menaungii Negara-negara arab islam. Kuasa imperialis barat mula mengambil alih peranan empayar turki uthmaniyah.
  • Di Syria, perancis telah diberi mandate untuk menjaga hal ehwal Negara tersebut. Walaupun perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah Negara tersebut selama tujuh tahun..
  • Pada tahun 1927, perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh parti blok nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan perancis tanpa mendapt kemerdekaan penuh.

Isi-isi penting

  1. Pengaruh agama
  • Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua Negara dan bangsa arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria.
  • Kedudukan palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berberat perihal saudara islam mereka di palestin
  • Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang palestin jelas kelihatan apabila golongan turki muda yang memerintah turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah.
  1. Peranan bahasa dan kesusteraan
  • Perancis cuba menonjool kan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minority. Dengan alas an tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.
  • Antara kesan ketara dasar berkenanan ialah perjuangan bahasa oelh golongan minority agar diiktiraf seperti bangsa kurdi yang meninginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki  oleh puak kurdi.
  • Di alexandrett, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa turki.
  1. Peranan pendidikan
  • Sebuat akademik telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistic di seluruh pelusuk tanah arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
  • Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menyuasaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyrakat arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu dibawah satu perkara, iaitu bahasa arab.
  • Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah Negara arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan turki uthmaniyah.
  • Di damsyik dan Beirut, beberapa buah university yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempetan.
  1. Peranan golongan intelektual
  • Rasyid rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme islam yang awalnya dipelopoti oleh jamaluddin al-afghani dan Muhammad abduh.
  • Raysid rida mengkaji kelemahan masyrakat islam ketika itu dibandingkan dengan masyrakat colonial barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyrakat islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.
  • Penulis beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
  1. Pengaruh luar
  • Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar turki uthmaniyah. Oleh kerana dasar pan-islamisme menjadi dasar kerajaan turki uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menagkis ancaman pihak barat.
  • Shakid arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan turki uthmaniyah dan menolak konspirasi barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan turki uthmaniyah.
  • Syaked arselan yang berasal dari lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak british semasa perang dunia pertama, iaitu pada tahun 1916.

Kesimpulan :

  • Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918 , terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20m.
  • Gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua Negara dan bangsa arab.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,628 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031