Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Sebelum Campurtangan British


Huraikan Bentuk Pentadbiran Masyarakat Melayu Sebelum Campur tangan British di Tanah Melayu.

Pendahuluan :

  1. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
  2. Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
  3. Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
  4. Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.

Isi-isi :

Peringkat Negeri :

  1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
  2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.
  3. Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.
  4. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
  5. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
  6. Perlantikan sultan/raja :
  • sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh: Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan).
  • N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.
  • Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.
  • Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

Peringkat Daerah :

  1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
  2. Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.
  3. Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
  4. Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :
  5. Menghadiri istiadat pertabalan.
  6. Adat menjunjung duli.
  7. Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
  8. Tugas-tugas pembesar daerah :
  • Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
  • Menyediakan tentera
  • Menyediakan kerahan tenaga
  • Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
  • Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
  • Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

  1. Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

Peringkat Kampung :

  1. Unit pentadbiran paling kecil
  2. Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
  3. Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
  4. Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
  5. Tugas-tugas penghulu
  1. Memungut cukai
  2. Menjaga keamanan kampung
  3. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
  4. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
  5. Mendapatkan tenaga buruh.
  6. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

Kesimpulan :

  1. Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik
  2. Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,847,335 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: