Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Corak Kehidupan Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam


Huraikan Perubahan Corak Kehidupan Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam.

 Pendahuluan :

  • Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam Melayu.
  • Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.
  • Menjadi anutan majoriti penduduk.
  • Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.

Isi-isi :

Perubahan Kepercayaan :

  • Animisme kepada Islam.
  • Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan.
  • Keimanan dan konsep keesaan Tuhan.
  • Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional  – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi.
  • Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.
  • Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.

Perundangan dan Peraturan :

  • Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam.  Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.
  • Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

Pentadbiran :

  • Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha.
  • Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi.
  • Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

Pendidikan :

  • Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
  • Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
  • Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
  • Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.
  • Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.
  • Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
  • Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
  • Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.

Bahasa dan Kesusasteraan :

  • Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.
  • Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
  • Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.
  • Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.
  • Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.

Kesenian Islam :

  • Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
  • Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.
  • Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Kesimpulan :

  • Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.

 

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,641 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930