Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Feudalisme Di Jepun


Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1867.  

Pendahuluan :

  • Maksud feudalism.
  • Perkembangan sistem feudalisme dalam masyarakat Jepun.
  • Sistem Feudalisme di Jepun pada Zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada beberapa kelas golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Maharaja, Syogun, Daimyo dan samurai. Golongan yang diperintah terdiri daripada petani, tukang mahir dan saudagar.

Isi-isi :

Maharaja :

  • Di Jepun konsep Maharaja bukan berkonsepkan ” mandat dari syurga” yang dipegang oleh Maharaja di China yang menjadi satu kelayakan utama untuk menjadi maharaja. Maharaja di Jepun telah mendapat pengiktirafan sehap;ai KetuaNegara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan.
  • Maharaja di Jepun hanya dianggap sebaeai simbol peroaduan. kuasa pemerintahan sebenarnya terletak di tangan Syogun Tokugawa. Keluarga Maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran ketika itu terletak di Edo.
  • Sistem yang diamalkan oleh Maharaja Jepun ini berjaya mengekalkan kedudukan Maharaja dan sistem ini kekal sehingga sekarang.

Syogun Tokugawa :

  • Kuasa pemerintahan di Jepun sebenarnya tidak terletak di tangan kuasa Maharaja, tetapi dipegang oleh Syogun Tokugawa yang menjalankan pemerintahan ‘atas noma maharaja’.
  • Syogun Tokugawa menjalankan pemerintahan di Jepun dengan bantuan daimyo melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Syogun terjamin.
  • Syogun Tokugawa membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo vang menyokongnya dan bangsawan yang mpnentangnva. Bangsawan yang menyokongnya diberikan tanah, manakala bangsawan yang menentang Syogun Tokugawa ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

Daimyo :

  • Daimyo merupakan golongan bangsawan yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa di Jepun. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
  • Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya, mereka akan membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan telah dikumiakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
  • Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai “go-snake” atau “tiga rumah” kepunyaan anak Iesyu yang terletak di daerah Owari Kii dan Mitto.
  • Daimvo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar, mereka adalah musuh Syogun Tokugawa yang terdiri suku-suku kaum Barat seperti Satsuma, Chosu, Tosa dan Hizen.Syogun Tokugawa sentiasa mengawasi tindak tanduk mereka dengan melucutkan jawatan dan melarang mereka memasuki kawasan istana raja
  • Selain itu juga mereka tidak dibenarkan terlalu kuat dan mengancam kedudukan Syogun.

Samurai :

  • Kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat, bertungsi menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan Daimyo. Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Daimyo.
  • Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain walaupun negara dalam keadaan yang aman. Oleh itu semasa keadaan dalam negara aman dan tiada peperangan kehidupan golongan samurai ini ditanggung oleh golongan petani.

Petani (Nomin) :

  • Dalam kalangan masyarakat bawahan pada zaman Tokugawa golongan petani (Nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal demikian kerana Jepun adalah sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan berhubungan dengan negara luar berikutan dasar tutup pintunya.
  • Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk penduduk di Jepun dan membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan, mereka Cuma diberi secukup makanan sahaja kerana hasil keluaran dikhususkan untuk negara.
  • Masyarakat petani dikenakan sistem kerah. melalui sistem ini petani-petani akan mengangkut barang pertanian dan melalui sepanjang Jalan Takaido dan akan melalui beberapa tempat sekatan bagi membolehkan pegawai dan pengintip takqfu menjalankan pemeriksaan ke atas petani yang melalui jalan tersebut. Sekiranya petani melalui jalan lain, petani akan dikenakan hukuman yang berat.
  • Menurut sistem ini, setiap kampung akan menyediakan sebilangan orang lelaki dan kuda sebagai kenderaan rasmi dalam masa tiga bulan pada musim bunga dan tiga bulan pada musim buah.
  • Kerja paksa ini adalah satu beban dan menyusahkan petani-petani malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai yang berlebihan. Masyarakat petani juga mendapat pendidikan hal ini kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat mementingkan pendidikan.
  • Mereka menyediakan sekolah-sekolah kampung (terakoya) di kampung-kampung. Terdapat hampir 60 ribu terakoya telah didirikan untuk keperluan anak petani dan mereka diberi kan kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kelas Tukang-Tukang Mahir (Artisan) :

  • Golongan tukang-tukang mahir, merupakan golongan di bawah petani, mereka mempunyai kemahiran membuat pedangdan alat-alat yang berguna, mereka diberi penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat.
  • Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah vang baik. tukang kayu juga^diberikan |ayanan yang sama iaitu diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.
  • Manakala petukang-petukang yang tidak mempumai-kemahiran khnsiis akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo.

Kelas Pedagang (chonin) :

  • Kelas pedagang merupakan golongan yang paling bawah sekali di dalam masyarakat Feudal Jepun.
  • Kesan dari perkembangan ekonomi menjelang tahun 1760, terdapat kira-kira 200 keluarga saudagar yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar Daimyo.
  • Antara keluarga saudagar yang terkenal Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka ini telah memperkenalkan budaya pengurusan Baru yang kemudiannya yang diwarisi syarikat moden Jepun.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

One Response

  1. manor says:

    isi senang faham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: