Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam.
Pendahuluan :
- Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah.
- Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah.
Isi :
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :
Genjatan Senjata 10 Tahun :
- Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.
Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :
- Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.
Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :
- Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.
Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :
- Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.
Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :
- Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :
Peluang Menunaikan Ibadat Haji :
- Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.
Dakwah Islam Semakin Tersebar :
- Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah..
Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy :
- Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.
Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi :
- Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.
Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh :
- Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
Kesimpulan :
Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.
Assalamualaikum….
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan pd cikgu jumali
untuk blog ini. Saya sebagai seorang pelajar IPTA jg telah mendapat manfaat drpd blog ini untuk sedikit sebanyak maklumat yg dapat sy cedok dr blog cikgu..teramat rugi sekiranya pelajar SMKST sendiri tidak menggunakan kemudahan yang diusahakan oleh guru2 mereka. Akhir kalam moga guru2 SMKTS dapat menyumbang lebih maklumat untuk warga Malaysia yg dahagakan ilmu…Insyaallah.
*Seikhlas hati ku doakan smg calon STPM SMKST 2010
success dgn jayanya.
nama saya myrul….sye ske awak..!!!!
sya juga nak ucapkan terima kasih coz blog nie byk mbntu sya dalam meningktkan lagi prestasi subjek sejarah kertas 1 ini….terima kasih coz cikgu tlh mmudahkan kerja sya…smoga urusam cikgu juga dipermudahkan olh-Nya…
Assalamualaiku…
terima kasih info ilmiah yang di beri.. info ini dapat bantu saya dalam memnididi anak bangsa…
syukran…
Assalamualaiku…
terima kasih info ilmiah yang di beri.. info ini dapat bantu saya dalam mendidik anak bangsa…
syukran…
syukran syeikh utk perkongsian ilmu ni…jazakallahu khairal jaza’
terima kasih atas mklumat yg dbrikan..ia sgt bguna n mnjadi rujukan sy untk bljr..:-)
Assalamualaikum.. cikgu jumali. saya ingin ketahui, apakah perbezaan antara perjanjian hudaibiyah dan piagam madinah?? apakah persamaan nya..
Assalam… terlalu jauh perbezaannya. Satu berkaitan dengan pembukaaan Mekah dan satu lagi berkaitan dengan undang-undang tertinggi negara Islam…
terima kasih cikgu blog ini sgt berguna kpd saya……..semoga allah memanjangkan umur cikgu…………..
syukran ats ilmu yg sgt bermanfaat… sgt mmbntu sy sbg plajar pengajian Islam di IPT dlm menimba ilmu sejarah tamadun Islam dn bukan Islam.. smoga cikgu dlm rahmat Allah selalu.. amin
assalmualaikum..
thanks for all of this…
may Allah bless u always…
it’s helped me for my assignments…
thanks so much..
assalamualaikum.. ^^