Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pengaruh Pendidikan Islam


Huraikan Sistem Pendidikan Islam Di Timur Tengah dan Pengaruhnya Terhadap Sistem Pendidikan Islam Di Alam Melayu.

Pendahuluan :

  • Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.
  • Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan generasi Islam yang akan datang.
  • Institusi pendidikan islam bermula di rumah dan masjid – masjid pada wala Islam, kemudiannya ditubuhkan Baitul – ‘ilm, al – Madrasah al – Baihaqqiyah di Naisabur dan Madrasan Nizammiyyah di Baghdad pada tahun 1067 Masihi sebagi institusi pengajian tinggi Islam. Sebagi kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti Al – Azhar 359H ( 980 M ).
  • Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian berbentuk Halaqah, pondok dan pesantren lahir di Alam Melayu.

Isi-isi : ( 20 M )

Konsep :

Menurut Ibnu Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah :

  • Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syair – syair agama menerusi Al – Quraan dan Al – Sunnah. Melalui kaedah sedemikian potensi iman dapat diperkukuhkan, sebagaimana halnya dengan potensi – potensi lain sekiranya telah menajdi darah daging ia boleh menjadi fitnah.
  • Memperlengkapkan akhlak manusia.
  • Memperlelengkapkan sosio – budaya manusia.
  • Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran prosfesional atau pekerjaan.
  • Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai – bagai pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.
  • Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenaian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina dan lain – lain lagi.

Antara prinsip – prinsip pendidikan Islam ialah untuk :

  • memahami penciptaan manusia dan mahkluk seluruhnya, iiatu mengenal Allah sebagai pencipta dan yang lain semuanya adalah mahkluk Allah.
  • Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.
  • Memahami martabat ilmu dalam Islam.
  • Menjurus kepada pembiaan tiga fakulti manusia, iaitu akal ( minda ) roh ( kerohanian, dan jasad ( jasmani ) dalam pengisian ilmu .
  • Memiliki dan mengembangkan ilmu berasaskan kepada tauhid.

Perkembangan pendidikan Islam Di Timur Tengah :

  • Sejarah perkembangan pendidikan Islam melalui beberapa proses mengikut perubahan masa. perkembangan adalah seperti berikut:
  • Pada zaman awal Islam, penddikan agama disampaikan di rumah – rumah perseorangan. Rasullah s.a.w menjadikan rumah al – Arqam bin Al – Arqam sebagai tempat belajar, selain itu sebagai tempat markas dakwah. Di rumah itu baginda menyampaikan dasar – dasar Islam dan pengajian Al – Quraan. Di samping rumah Al – Arqam, baginda menyampaikan pendidikan agama di rumahnya sendiri sebagai tempat kaum muslimin berhimpun mempelajari akidah dan syariah Islam. Dar Al – Arqam adalah sekolah pertama dalam Islam, mankala Rasullah s.a.w sebagai guru dan pendidik pertama.
  • Selepas baginda Rasullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi, masjid – masjid didirikan sebagai rumah ibadahdan penyebaran islam. Di Madinah, Rasullah s.a.w menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar. Struktur pengajian di masjid Nabawi ini adalah tidak formal. Kemudian surau yang diberikan nama al – Suffiah   didirikan bersambungan dengan masjid  Nabawi. Di sinilah Rasullah s.a.w mengajar umat Islam memahami agama Islam secara formal, di samping melatih beberapa orang sahabat terkemuka untuk menjadi guru mengajar pelbagai matapelajaran.
  • Antara guru yang dilantik mengajar al – Suffiah ialah Abdullah bin Rawahah, Ubadah bin Samit dan Ubaidah Al – Jarrah. Antara  matapelajaran yang diajar ialah Al – Quraan, akidah Islam, hukum Islam, seni Khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing. Pengetahuan yang diajar di sini merangkumi pendidikan rohani dan jasmani.
  • Pada zaman Khulafah Ar – Rashidin, banyak masjid – masjid didirikan untuk menjadi pusat kegiatan masyarakat, termasuk menjadi tempat ibadat dan pendidikan Islam. Pada masa ini para sahabat meneruskan tugas Rasullah s.a.w sebagai pendakwah dan guru telah berkhidmat secara sukarela sebaga guru atau pendidik. Antara mereka ialah ‘Aisyah yang mengajar di Masjid Madinah: Abdullah bin Abbas di masjid Makkah; Abdullah bin Masud di masjid Kufah: Abu Musa Al – Asy’ari di masjid Basrah dan Abu al – Darda’ di masjid Damsyik.
  • Pada zaman kerajaan bani Umaiyyah, para sahabat dan tabiin pula membuka banyak pusat pengajian Islam di masjid – masjid di seluruh negara Islam. Matapelajaran yang diajar ialah ilmu Tafsir, Hadis, Fiqh, bahasa dan kesusasteraan Arab dan lain – lain.
  • Pada zaman kerajaan Abbasiyyah, perkembangan penddiikan telah mencapai kemajuan yang paling tinggi dalam pengajian Islam. Selain masjid didirikan juga pusat – pusat pendidikan yang lain untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu – ilmu yang lain seperti matematik, kimia, fizik, astronomi, logik, falsafah, bahasa kesusasteraan Arab dan lain – lain lagi. Kursus pengajian dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu permulaan, menengah dan pengkhususan ( kepakaran ).
  • Untuk pendidikan di peringkat permulaan kuttab ( pondok ) didirikan sebagai institusi pengajiannya. Institusi ini menyediakan pendidikan kepada kanak – kanak. Kuttab ada didirikan bersambungan dengan masjid dan ada juga berasingan di seluruh negara. Antara matapelajaran yang diajar di Kuttab ialah Al – Quraan, Al – Hadis, Khat, tatabahasa Arab, dan sejarah.
  • Perkembangan pendidikan Islam melalui sistem persekolahan bermula pada akhir abad keempat Hijar setelah penduduk – penduduk Naisabur menubuhkan al – Madrasah al Baihaqiyyah. Kemudiannya diikuti oleh Nizam al – Mulk ( 485 H ) yang mendirikan institut Nizamiyyah di Naisabur dan baghdad. Kerajaan Ayyubiyyah dan mamlik kemudiannya menubuhkan sekolah – sekolah di seluruh daerah yang ditakluki oleh mereka.
  • Untuk menyokong perkembangan sistem pendidikan Islam, para ulama telah mengarang pelbagai buku mengikut pengkhususan para sarjana dan penuntut di Institusi pengajian rendah dan tinggi. Bagi memudahkan buku – buku dibaca dan ditelaah, pihak pemerintah dengan pusat – pusat pengajian berkenaan telah menubuhkan beberapa perpustakaan yang diletakkan berhampiran dengan pusat – pusat pengajian berkenaan. Antara perpustakan yang termasyhur pada zaman kegemilangan Islam ialah;
  • Baitul Hikmah : Perpustakaan terawal ini dibina oleh Harun Al – Rasyid. Allah Al – Syuibi telah dilantik menjadi penyalin buku bagi Al – rasyid dan al – Ma’mundi baitul Hikmah dan Abu Shal al – fadl bin Nawbakht pula dilantik sebagai pentyerjemah buku di bawah al – Rasyd di perpustakaan ini. Di sini terdapat pelbagai koleksi buku berbagai – bagai bidang ilmu pengetahuan.
  • Perpustakaan Haidani : Di Najaf, terletak berhampiran dengan perkuburan khalifah Ali yang masih ada sehingga sekarang.
  • Perpustakaan Abu Ali bin Sawar di Basrah. Sebuah lagi perpustakaan Abu Ali ialah di Ram Hurmuz. Seorang Ulama juga dilantik di perpustakaan ini mengajar ilmu agama.
  • Khizanat Sabur ( Dar al – ‘ilm ) pula didirikan oleh Abu Nasr Sabur bin Ardasyir ( 416 H ) pada tahun 381 H di Baghdad. Beliau adalah perdana menteri kerajaan Buwaih. Terdapat
  • seratus naskhah Al – Quraan yang ditulis oleh Banu Muqlah dan sebanyak 10.400 jilid buku yang ditulis tangan disimpan di sini.
  • Perpustakaan separuh awam terdapat di sekolah Nizamiyyah di baghdad dan di sekolah al – Mustansiriyyah pada zaman pemerintahan Abbasiyyag di Baghdad.
  • Perpustakaan separuh awam juga didirikan oleh khalifah – khalifah dan raja – raja antaranya ialah perpustakaan ‘Adud al – daulah di Syiraz dan perpustakaan Sanianid yang pernah dikunjungi oleh Ibu Sina, eorang ahli falsafah Islam terkenal. Keahlianperpustakaan jenis ini hanya dikhaskan kepada orang yang berpangkat dan terkenal sahaja.

Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut :

  • Perkembangan institusi pendidikan islam di rumah, masjid, kuttab        ( pondok )  dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama – sama dengan perkembangan agama Islam ke kawasan – kawasan berkenaan. Perkembangan sistem penddiikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu. Struktur dan kurikulum pengajian Islam dan institusi – institusinya yang adadi kawasan – kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negari – negari Arab di Timur Tengah.
  • Di Acheh, struktur pengajian Islam seperti ini telah wujud sejak zaman awal kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah wali Songo dan para ulama yang lain. Menurut kebiasaan kaum muslimin apabila kanak – kanak mereka mencapai umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al – Quraan, ibadat, tauhid dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di Acheh, apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( 1607 – 1636 M ) telah menyusun sistem pendidikan secara lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk pelajar – pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur – Rahman sebagai sebuah universiti yang setaraf dengan Universiti – universiti di Timur Tengah.
  • Di Filipina, kanak – kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al – Quraan di rumah
  • guru yang diadakan di sebelah pagi pada setiap hari. Pembelajaran sedemikian wujud sehingga sekarang.
  • Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti.
  • Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolhan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga sekarang di Singapura.
  • Di Semenanjung Tanah Melayu, struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak Islam bertapak di Tanah Melayu, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Kesimpulan :

Apa – apa sahaja yang berkaitan di atas.

 

9 Responses

  1. zulaikha says:

    salam..bleh tak tlg sya??sya kna present tjuk :pengaruh islam d’alam melayu dari aspek politik dan pemerintahan dan aplikasi d’masa kini..plz bntu sya cri bhan..susah la tjuk nie..

  2. nurul iman says:

    tajuk tesis saya. imam mawardi. sumbangannya dlm fiqh perundangan. imana blh saya dpatkan bahannya?

  3. LindaAzmi says:

    boleh x bg pandangan tentang ‘Gerakan Orientalisme dalam Mempengaruhi Sistem Pendidikan Islam’…

  4. lara says:

    boleh tak tolong tajuk tesis saya tentang pengajaran dan pembelajaran masteri dalam subjek Agama Islam

  5. mydi_1202 says:

    Perang pemikiran serta pendekatan pengajian syariah di zaman ini.

  6. liyana says:

    terima kasih 😀

  7. nooraini says:

    pengaruh tamadun islam terhadap pendidikan di Malaysia. ada bhn tak?

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,572 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031