Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pengukuhan Kuasa Raja-raja Melayu


Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan :

  1. Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.
  2. Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.

Isi-isi :

Bidang Politik :

  • Ketua pentadbir sesebuah negara yang  berkuasa mutlak seperti membuat undang-undang, ketua tentera, memegang jawatan penting, berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh  dan boleh melantik pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
  • Ketua diplomatik dalam hubungan luar.
  • Kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah.
  • Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah pegangannya.
  • Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.

Bidang Ekonomi :

  • Berkuasa dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pungutan cukai, perdagangan.
  • Pungutan cukai dikutip oleh pembesar yang dilantik dan raja hanya memantau tugas pembesar tersebut.

Bidang Sosial :

  • Raja atau sultan dilambang sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.
  • Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam.
  • Memastikan peraturan Islam dilaksanakan.
  • Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda.
  • Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan sebagai tentera.
  • Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala upacara diraja seperti pertabalan.

Hak Keistimewaan :

  • Warna kuning dan putih digunakan oleh raja dan kerabat diraja. Contoh – payung putih- raja, payung kuning – kerabat diraja
  • Bahasa dalam/istana seperti gering, santap digunakan oleh raja
  • Alat kebesaran seperti dokoh, kendi, cop mohor, keris, pending  dan lain-lain – menunjukkan keistimewaan raja.
  • Muzik diraja – nobat, nafiri digunakan dalam upacara pertabalan diraja.

Kesimpulan :

  1. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan keistimewaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan rakyat.
  2. Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan.

One Response

  1. Cikgu, boleh tolong huraikan hak seseorang Baginda Sultan ke atas negerinya secara fizikal, yakni, adakah keseluruhan tanah negeri dan jajahan takluknya itu hak mutlak Baginda atau bagaimana? Sekiranya sebegitulah halnya, maka adakah rakyat jelata yang mendiaminya dikira sebagai menumpang ehsan Baginda saja?
    Bagaimana pula di dalam konteks sekarang di abad 21 ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: