Weblog Cikgu Jumali

Untuk Pelajar Sejarah STPM Penggal 1, 2 dan 3 mencari maklumat berkaitan….

Matlamat Penerokaan Tamadun China & Islam


Bandingkan Matlamat Penerokaan dan Penjelajahan orang China Dengan Islam.

Pengenalan :

  • penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru ditemui atau diduduki.
  • latar belakang sejarah penjelajahan dan penerokaan China adalah dapat dikesan bermula sejak abad 1 masihi lagi. Ini dapat dilihat melalui pengembaraan oleh tokoh-tokoh seperti I Ching dan Fa Shien. Menjelang abad ke 14m, aktiviti penerokaan dijalankan secara meluas khususnya untuk aktiviti perdagangan dan perluasan kuasa. Antara tokoh penerokaan terkenal adalah Cheng Ho dan Yi Ching.
  • latar belakang sejarah orang Islam dapat dilihat sekitar abad ke 10 hingga 14M. Dilakukan secara tidak terancang oleh ahli pengembara Islam yang melakukan secara individu. Antaranya tokoh penerokaan Islam seperti Al-Masudi, Ibn Battutah, Ibn Majid, Ibn Hawqal, dan ramai lagi.
  • Matlamat penerokaan China dapat dilihat berasaskan faktor 3G iaitu mencari kekayaan, perluasan kuasa, dan keagamaan. Manakala Islam adalah berkait rapat dengan 3K iaitu, keilmuan, kebebasan dan keislaman.

 Isi-isi :

Perbandingan Matlamat Penerokaan Orang China dan Orang Islam :

Meluaskan Pengaruh :

  • Penerokaan orang China dan Islam adalah bertujuan perluasan kuasa dan tanah jajahan. Ini bertujuan bagi meningkatkan kekuasaan dan empayar mereka. Contohnya, semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengecam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jeneral Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.
  • Ini mempunyai persamaan di dalam Islam bagi mengukuhkan politik banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemimpin Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.

Perdagangan :

  • penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti perdagangan seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi, menguasai pusat perdagangan dan sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Di bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (1371-1434) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.
  • Di tamadun Islam, aktiviti penerokaan adalah untuk perdagangan. Di zaman Khalifah Al Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke Negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dan barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka telah berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

Agama :

  • Pada tahun 399 masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Buddha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha mempelajari Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria dan telah berjaya mengumpulkan buku suci Buddha untuk di bawa ke China.
  • Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Islam menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa

Ilmu Pengetahuan :

  • Tokoh pelayaran China seperti Hsuan- Tsang, I-Ching dan Fa Hsien mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa-Hasien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I-Ching berjaya mengumpulkan 4000 naskah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari India dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.
  • Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual Islam.

Diplomatik :

  • Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada abad ke 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan diplomatic dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.
  • Ini berbanding dalam tamadun Islam, Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad s.a.w disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alaudin Riayat Shah (1588-1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim bintang(pingat) yang tertinggi kepada Sultan Acheh.

Kesimpulan :

Matlamat penerokaan orang China dan Islam mempunyai persamaan seperti aktiviti ekonomi, politik, dan keagamaan. Penerokaan orang China dan Islam mempunyai sumbangan yang amat besar dalam perkembangan tamadun manusia. Aktiviti penerokaan mereka berjaya memperlopori perkembangan tamadun dan kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.

 

3 Responses

  1. ika says:

    saya memerlukan teks tentang pengaruh tamadun china terhadap tamadun islam dari aspek ekonomi dan sosial.

  2. zam says:

    Blog yang penuh ilmu dan infomasi…..SYABAS CIKGU

  3. Micha says:

    bilakah kemuncak kegemilangan Islam di China?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: