Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perdagangan Srivijaya dan Melaka


Bandingkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan antarabangsa antara Kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan Melaka.

Pendahuluan :

  • Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-13M. Berjaya mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di Nusantara sebelum Majapahit dan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport.
  • Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar kukuh di Nusantara dan menjadi pusat perdagangan antarabangsa
  • Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan antarabangsa tetapi faktor yang mendorong fenomena tersebut berbeza.

Isi :

Faktor-faktor perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka :

Kedudukan Geografi :

Srivijaya :

  • Kedudukan strategik kerana menguasai jalan sungai utama dari pelabuhan ke pedalaman
  • Hasil hutan kawasan pedalaman dapat dibawa ke pelabuhan melalui sungai Batang Hari dan Sungai Musi

Melaka :

  • Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun
  • Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat
  • Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik

Hubungan dengan Negara China :

Srivijaya :

  • Mendapat perlindungan daripada China menyebabkan lebih banyak pedagang China datang berdagang di Srivijaya
  • Pedagang lain dari India dan Arab juga berdagang di Srivijaya

Melaka :

  • Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
  • Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit.
  • Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik :

Srivijaya :                  

  • Mempunyai sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang teratur.
  • Orang Laut berperanan mengawal keselamatan pelabuhan dan sepanjang perairan Srivijaya supaya bebas dari lanun.
  • Orang Laut berperanan menarik kapal-kapal dagang untuk berdagang di Srivijaya.

Melaka :

  • Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan
  • Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.
  • Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.
  • Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka

Dasar perdagangan :

Srivijaya :

  • Pedagang asing tidak dibenarkan secara langsung berada di kawasan pedalaman
  • Pedagang dibenarkan berdagang di pelabuhan yang tertakluk kepada kuasa kerajaan Srivijaya
  • Tiada paksaan ke atas saudagar yang berdagang di Srivijaya

Melaka :

  • Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi
  • Syahbandar -orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai
  • Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di pelabuhan Melaka
  • Kiwi -mengikut kapal yang membawa barang dagangan
  • Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3%ke atas barangan dari kepulauan Melayu
  • Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga
  • Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan
  • Sistem tukar barang atau mata wang diamalkan

Pelbagai jenis barang dan bahan mentah :

Srivijaya :

  • Memperoleh barangan dan bahan mentah dari kawasan pedalaman Sumatera dan Riau Lingga
  • Untuk memenuhi permintaan Srivijaya meluaskan pengaruhnya ke Kedah Tua dan Langkasuka
  • Hasil perdagangan rempah terpenting ialah rempah ratus
  • Kepelbagaian barang ini menggalakkan kunjungan pedagang

Melaka :

  • Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging
  • Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu
  • Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

Kemudahan-kemudahan

Srivijaya :

  • Tempat penginapan, stor dan gudang disediakan
  • Mempunyai kemudahan membaiki kapal

Melaka :

  • Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga
  • Gudang untuk menyimpan barangan pedagang
  • Kemudahan membaiki kapal turut tersedia
  • Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang disediakan kepada pedagang

Peranan keagamaan :

Srivijaya :

  • Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Nusantara
  • Membantu dalam perkembangan perdagangan dengan China dan India yang seagama

Melaka :

  • Membentuk sebuah empayar Islam
  • Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka
  • Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka

Dasar penaklukan :

Srivijaya :

  • Meluaskan pengaruh dengan menakluk negeri-negeri kecil
  • Abad ke-7M hingga ke-13M berjaya kuasai kebanyakan Bandar pelabuhan di Alam Melayu
  • Membentuk sebuah empayar yang kuat

Melaka :        

  • Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera
  • Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan dan Kampar
  • Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul

Kesimpulan :

  • Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka
  • Faktor-faktor tersebut berbeza namun Srivijaya dan Melaka berjaya menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal suatu ketika dulu.

 

16 Responses

  1. g daue says:

    trima kasih sbb nota ni byk tlg org yg kurang taw psl sjrh melaka.. sy ada soalan..mcm mana cara pngndalian prdagangan d plabuhan melaka sblm kdatangan kuasa barat???

  2. fastnote says:

    Untuk g daue sila rujuk entry cikgu yang bertajuk Perdagangan Di Pelabuhan Melaka…

  3. fieda says:

    ada beza ke kerajaan melaka dan kerajaan pra melaka??
    tq

  4. Cintanusa says:

    Berbagai kerajaan di Indonesia terkenal di masa lalu dan menjadi salah satu lambang kejayaan nusantara. Semoga itu tidak tinggal sejarah masa lalu saja. Semoga konsep wawasan nusantara ini tidak hanya sekedar hapalan atau materi dalam mata pelajaran saja, atau hanya tinggal sejarah atau nostalgia sentimintil tentang sejarah kerajaan tempo dulu. Hanya kitalah yang bisa menjaga dan melestraikannya, khususnya untuk generasi muda Indonesia.

  5. iecha says:

    thx bebanyak , nota neyh bnyk tl0ng sya and tmbh pgetauan tntg MELAKA

  6. sha says:

    note ni mmg membantu sy…tma ksh..

  7. AMir says:

    Sya nk tnya satu benda yg sya masih keliru……
    Bukankah Melaka juga di bawah takluk KErajaan Srivijaya?Adakah Melaka dan Sricvijaya ditadbir oleh sistem pemerintahan yang berbeza?

  8. nur iman says:

    sy suka baca tentang sejarah perkembangan di tanah melayu..dengan nota ni dpt tambahkan lg ilmu yang belum thu.thanks

  9. TOK GERUH says:

    Asal usul kesultanan Melaka ada lah dari Kemaharajaan Srivijaya kekal sehingga sekarang sebagai Raja Berpelembagaan Kerajaan Malaysia .Erti nya keturunan raja raja Melayu ada lah daripada keturunan Maharaja SriVijaya bermula dari Sri Jaya Nasa Yang Agong pada tahun 683 Masehi di Palembang ( Bukit Seguntang )

  10. S.Prasad says:

    Srivijaya !!!! terbaik

  11. ila says:

    hmm..nak tnye..malaysia ade beroleh kejayaan ker stelah memanfaatkan kedudukan strategik malaysia di nusantara? just wonder…

  12. cik sd says:

    thanks a lot . sangat membantu untuk exam esok :’)

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,572 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031