Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Taktik & Strategi Peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Huraikan taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pendahuluan :

  1. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.
  2. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
  3. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan  ke Madinah.
  4. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.
  5. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
  6. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

Isi :

Taktik Menunggu Musuh :

  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al – Saf :

  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :

  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan :

  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :

  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran :

  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.

Kesimpulan :

  • Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
  • Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
  • Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

 

21 Responses

  1. aisyah says:

    jelaskan perang uhud.

  2. HAIRIDHIFZAN says:

    ASALAMUALAIKUM..SAYA BRU SJA TAU AD WEBSITE SEJARAH YG BEST NIEE..BOLEH TAK CKGU SEDIAKAN SOALAN YANG DI FOKUSKAN UNTUK STPM TAHUN NIE…

  3. aryfaa says:

    Salam ..boleh tak keluar kan esei tentang khalifah-khalifah yang lain ..Contoh nya macam khalifah-khalifah Umar dan lain-lain..secepat mungkin ye.Sebab saya akan menghadapi peperiksaan ..

  4. hairu hakimi says:

    blog ni bagus untuk saya mengulangkaji subjek sejarah..thank a lot,,

  5. Noor hamizah abu talib says:

    salam tq kerana berkongsi ilmu

  6. christ eyna says:

    tq coq membantu sy untuk mjwd exam sej esk..:)

  7. puteri nabila says:

    salam..boleh berkongsi x mengenai soalan kesan dan proses peperangan uhud kepada umat islam…kerana sy kekurangan isi…kebanyakkan isi n huraian terlalu pendek untuk membuat esei yg bermarkah 25 markah…

  8. Mohd Azri says:

    aslmmualikum cg…..cg sedia kn lh….mcm2 soalan n jwapan nya sekali blh sy rujuk……

  9. salam.. trima ksih sbab wat blog nie.. best mklumat yang di berikan, simple dan senang.. nie yg sya gna 2k jwb exam esok.. skli g trima ksih.. smoga allah saw memurahkan rzki ckgu.. amiiinnn..

  10. ikin says:

    ade x soalan ramalan yg sering ditanyakan tiap2 tahun?

  11. hazel erdawaty says:

    blh bgi taktik perang saf dgn lbih trprinci ka????

  12. zubair shah says:

    membantu keje wktu cuti teman…
    thanks cgu…

  13. azie says:

    salam…
    ckgu izinkan sy copy nota…
    ckgu doakn sy smoga berjya…
    TQ…

  14. shafiq says:

    thank cikgu..:-)

  15. Mohd. Hafis Arasadi says:

    I love islam

  16. I am actually pleased to glance at this web site posts which carries tons of useful information, thanks for providing these kinds of statistics.

  17. Suzy says:

    best blog nie ,, mbntu bg idea ,,thanks ..

  18. fina aprelya nur fajri says:

    tolong lebih dijelaskan lagi secara terperinci tentang strategi yang digunakan nabi Muhammad SAW dalam menghadapi perang badar.,
    terimakasih

  19. bagus,
    terus berkreative broo…

  20. anwar says:

    terima kasih kongsi ea

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,584 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031