Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Persatuan-persatuan Melayu 1926-1937


Huraikan kemunculan dan perkembangan  persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga 1937.

Pendahuluan :

  • Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan  golongan intelek, agama berpendidikan timur tengah yang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang denga penubuhan persatuan  dan kelab Melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan Melayu dan Inggeris.
  • Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpersatuan lebih bercorak budaya , agama, dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.

Isi-isi :

Kesatuan Melayu Singapura ( 1926) :

  • Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura.
  • Pengasas dan pemimpin KMS ialah Muhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.

 Tujuan KMS :

  • Memajukan sosio-ekonomi  orang Melayu
  • Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan
  • Mengingatkan orang Melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan.
  • Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan

Kejayaan KMS :

  • Menawarkan biasisiwa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
  • Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu di Singapura 1928)
  • Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
  • Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.
  • Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang
  • KMS adalah sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang Melayu dengan kerajaan negeri Selat.

 Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ) -1934 :

  •  Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
  • Diasaskan oleh akhbar Saudara
  • Merupakan pertubuhan soial kebajikan
  • Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan
  • Cogan kata PASPAM adalah ‘Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa’
  • Pemimpin utama ialah Syed Alwi , S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohd. Hashim.
  • Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yang dianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang lain
  • Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro kaum Muda , tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomi orang Melayu.
  • Saranan PASPAM adalah orang Melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuan dan perpaduan
  • Perpecahan PASPAM berlaku  sebab orang Melayu curiga terhadap golongan Arab dan India Muslim

Persatuan Melayu Perak :

  • Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh.
  • Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan kerajaan
  • Pemimpin utama ialah Wan Mohd. Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kassim.

Tujuan Perjuangan :

  • Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu.
  • Memelihara nasib orang Melayu
  • Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu
  • Meningkatkan taraf pendidikan
  • Dasar bekerjasama dengan British
  • Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan Raja

Kesimpulan :

  • Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang Melayu iaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan.  Gerakan nasionalisma melalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehingga kemerdekaan Tanah Melayu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,847,335 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: