Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perkembangan Perdagangan Di Alam Melayu


Huraikan faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Alam Melayu sebelum abad ke-15 Masihi.     

Pengenalan :

  1. Alam Melayu menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
  2. Sember-sumber bertulis China, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
  3. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu: sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dll, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga, sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah

Isi-isi Jawapan :

Faktor Kedudukan Geografi Gagasan Kepulauan Melayu yang Strategik :

  1. Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri.
  2. Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu

Kekayaan Sumber Asli :

  1. Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan.
  2. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain.
  3. Hasil-hasil laut seperti kowri ( mata wang ), kerang dwi katup, tiram mutiara dan lain-lain.
  4. Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain

Pemerintahan dan Pentadbiran yang Cekap, Teratur dan Stabil :

  1. Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
  2. Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
  3. Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
  4. Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan

Peranan Orang Laut :

  1. Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.
  2. Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun.
  3. Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang.

Kemudahan Perdagangan dan Pentadbiran Perniagaan :

  1. Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain.
  2. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan.
  3. Mata wang logam digunakan dalam urusniaga.

Hubungan Politik Dengan China :

  1. Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada ancaman musuh.
  2. Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.
  3. Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China.

Peranan dan Pengaruh Agama :

  1. Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara.
  2. Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama.
  3. Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam

Sumber-sumber Perdagangan :

Sistem Pentadbiran di pelabuhan

Kesimpulan :

Perkembangan perdagangan di nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan di antara China dan India.

One Response

  1. salmah says:

    cikgu boleh tolong saya jawap soalan kerja kursus ini.Tajuk :senaraikan lima nama negara-negara kota di Alam Melayu, dan terangkan peranannya dalam aspek perdagangan, politik dan kebudayaan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: