Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Zaman Pencerahan Di Eropah


Sejauhmanakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah.

Pengenalan :

  • Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik
  • Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebihterbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.
  • Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah memberikan idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.

Isi-isi :

Idea Politik :

  • Montesqiueu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
  • Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif), pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary).
  • Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Politik Eropah :

  • Idea Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789.
  • Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan      ( kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang tidak adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek   kehidupan ).
  • Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria, Peter the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan pemerintahan yang adil dan gaksama.
  • Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat.
  • Frederick the Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam dan mengadakan perKniamatan awam yang efisyen.
  • Joseph II membebaskan serf yang terikat di bawah sistem feudal.
  • Pada era ini pentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
  • Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan elit di bandar.
  • Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa campurtangan raja.

Idea Ekonomi :

  • Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth of the Nations”.
  • Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem Merkantilisme yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
  • Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan membiarkannya berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Ekonomi Eropah :

  • Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan India dimansuhkan pada  1813 dan dengan China pada 1833.
  • Pemansuhan monopoli ini mernbuka peluanq perdagangan yang sama kepada pedagang persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini.
  • Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.
  • England juga menjalankan dasar perdaganan yang lebih liberal, dengan mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai pelabuhan bebas pada 1819 dan Negeri-Negeri Selat pada 1826.
  • Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeteri dengan negara-negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.

Idea Sosial :

  • Pemikir utama ialah Jeremy Bentham yang mengemukakan idea utilitarianisme. Pengikutnya dikenali sebagai utilitarian.
  • Bentham percaya adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menjamin kebahagiaan yang maksima kepada penduduk negara
  • Oleh itu dasar kerajaan harus membahagiakan penduduk yang paling ramai dan bukan satu kumpulan yang kecil/minoriti.
  • Utilitarian juga berusaha untuk membebaskan individu daripada kongkongan adat dan penindasan golongan bangsawan dan paderi.
  • Seorang lagi pemikir yang telah mengemukakan idea yang mendahului zaman dalam bidang sosial ialah Rousseau.
  • Melalui novel “Emile” beliau mengemukakan pendidikan baru. Menurutnya kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa mengikuti pelajaran yang mereka tidak gemari.

Kesan Kepada Perubahan Lanskap Sosial Eropah :

  • Idea Bentham telah mempengaruhi kerajaan England abad ke-19 dalam aneka bidang.
  • Antara bidang yang menerima reformasi Bentham ialah penjara ( hak asasi banduan harus dijaga dan mereka dilayan secara kemanusiaan); pengesahan kesatuan sekerja, undi sulit, reformasi kerajaan tempatan, hak mengundi untuk wanita, rancangan perancang keluarga, kebebasan berucap, kebebasan akhbar dan kenaikan pangkat berasaskan merit atau pencapaian.
  • Idea   Rousseau   pula   meninggalkan   kesan   dalam sistem pendidikan England, Perancis dan Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih bersifat praktikal dan holistik. Terdapat usaha untuk menjadikan pembelajaran lebih menyenangkan dan lebih banyak kebebasan untuk pelajar.
  • Kini telah wujud pengkhususan pelajaran dan perinqkat persekolahan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pendidikan dibahagikan kepada tiga tahap; tahap pertama secara tidak rasmi untuk kanakkanak antara umur 2-12 tahun; tahap kedua berasaskan pemerhatian dan pengalaman untuk mereka yang berumur antara 13-15 tahun dan tahap akhir secara rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15 tahun sehingga mendirikan rumahtangga.

Kesimpulan :

  • Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
  • Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi politik dan pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas dan sosial, negara yang mengutamakan hak asasi dan kebajikan masyarakat.

One Response

  1. shazan88 says:

    Salam cikgu..boleh cikgu kongsikan sumber rujukan? Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,809 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: