Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Kapitalisme Di England


Huraikan  perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di England.

Pendahuluan :

  • Kapitalisme merupakan sistem konomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan.
  • Revolusi Perindustrian telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme di England.
  • Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal.
  • Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme di England.

Isi-isi penting :

1)        Perkembangan bidang pertanian

  • Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang lain.
  • Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau dimiliki.
  • Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan. Antaranya penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan tanah.
  • Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas. Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia. Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan sumbangan pertanian kepada ekonomi England.

2)        Perkembangan sektor penternakan

  • Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain dan najis binatang dijadikan baja.
  • Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan ternakan yang besar saiznya.
  • Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas dan digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi keperluan England.

3)        Kemajuan sektor perindustrian

  • Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunskan kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan besi.
  • Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera.
  • Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England. Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada keluli belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil pada abad ke18.
  • Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi Perindustrian di England. England mempunyai banyak sumber bijih besi telah mengeluarkan besi yang lebih bermutu.

4)        Kemajuan sistem pengangkutan

  • Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik.
  • Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo  berbanding kapal yang dibina menggunakan kayu. Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjim stim dan keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan kapal.
  • Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
  • Lebuh raya tol juga dinaiktaraf dan diperluaskan lagi. Penambahbaikan sistem jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan antara saru kawasan dengan kawasan yang lain.

5)        Penghijrahan dan pertambahan penduduk

  • Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk.
  • Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar, misalnya pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
  • Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka tidak berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

Penutup :

  • Perkembangan industri di England dipengaruhi oleh beberapa faktor.
  • Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: