Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Faktor Perang Dunia 2


Faktor-faktor dan Kesan Perang Dunia Kedua

Pengenalan :

  • Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.

Isi-Isi :

Perjanjian Versailles yang berat sebelah

Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.

Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;

  1. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
  2. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.

           iii.        Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.

  1.       Memasukkan Austria ke dalam Jerman
  2.          Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
  3.         Menyerang Poland

Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain   mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.

  1. Pertentangan Ideologi (Demokrasi vs Fasisme / Nazisme)

  • Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.

  • Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan

  1. Kemelesetan Ekonomi Dunia :

 

  • Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya   sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.

  1. Dasar / Pendirian Negara Terlibat

  • Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.

  1. Gerakan Nasionalisme Yang Melampau Di Jepun

  • Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.

  • Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.

  1. Kepentingan Ekonomi

  • Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.

  1. Isu Keselamatan Negara Jepun

  • Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.

  • Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.

  • Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Kesimpulan :

 

Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan

One Response

  1. eyfah maira bin hafizi says:

    tolong lah saye….. tentang faktor perang dunia kedua di asia tenggara.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,576 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031