Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Feudal


Ekonomi Feudal

Pendahuluan :

  • Ekonomi feudalisme berlaku pada Zaman Gelap atau Zaman Pertengahan Awal di Eropah ( 500 -1050 Masihi ).
  • Keadaan ekonomi ketika ini merosot dan kehidupan sukar kerana serangan orang gasar, ketiadaan kuasa pusat yang kuat, pembesar-pembesar yg berebut kuasa sesama mereka kerana raja gagal mengawalnya dan institusi gereja yang mengumpulkan kekayaan melalui pengaruh mereka

Sistem Ekonomi Feudal :

Tanah :

  • Penduduk menyerahkan tanah kepada tuan-tuan tanah ‘Lords’ dan mereka menyerahkan sebahagian hasil tanaman serta menjadi askar sebagai balasan kepada perlindungan yg diberikan oleh tuannya.
  • Hubungan berbentuk 2 hala dan bertimbal balik.
  • Pemegang tanah ‘Vassal’ disyarat memberikan taatsetia kepada pemilik tanah ‘Raja’.
  • Raja menyerahkan tanah kepada pegawai utama / ketua penyewa ‘Count’ dan Count akan menyerahkan kepada pengusaha kecil / penyewa  ‘Lords’  dan Lords akan menyerahkan kepada ‘manor’ tanah.

Hak Dan Tanggungjawab :

  • Count – Ketua penyewa memperolehi tanah terus daripada raja dan tanggungjawabnya menyediakan sebilangan askar semasa perang.
  • Count dipanggil untuk memberi nasihat dan menyumbang wang kepada raja.
  • Sebagai balasan, raja akan memberi perlindungan kepada ketua-ketua penyewa dalam menyelesaikan pertelingkahan  dengan kettu-ketua penyewa lain.
  • Dibawah tiap-tiap ketua penyewa terdapat penyewa-penyewa lain dan hak serta tanggungjawabnya sepertiketua penyewa dengan raja.
  • Dalam. system feudal ini kaum tani serf’ berada di tahap bawah sekali dengan corak hidup yang miskin dan tidak berpelajaran. Hak mereka sedikit tetapi tugas banyak dan tiada moboliti social. Jika hamba akan kekal ke anak.

Konsep Manor :

  • Petani tiada hubungan dengan dunia luar.
  • Keperluan petani seperti makanan, pakaian, peralatan dibuat dalam institusi manor sendiri.
  • Tiada hubungan dagangan dengan dunia luar.
  • Melaksanakan ekonomi melalui pertukaran barangan dan perkhidmatan menggantikan wang

Sistem Manor :

  • Tanah dibahagi kepada beberapa ladang – manor – dan ketua digelar ‘Lord’ @ ‘siegneur dan pekerja digelar petani ‘serf’.
  • Rumah manor di atas bukit bertujuan melindungi lord dan petani daripada diserang .
  • Di kg terdapat kilang, kedai tukang besi, gereja kecil dan rumah parish ( jajahan yg ada paderi dan gereja sendiri.
  • Tanaman sekeliling kg – gandum

Kaedah Pertanian :

  • Sistem Tanah Lapang
  • Pertanian – tanah dibahagi 3 untuk tanaman ikut pusingan.
  • Pusingan 1 – Tanaman Musim Bunga – oat dan barli
  • Pusingan 2 – Tanaman Musim Gugur – gandum
  • Pusingan 3 – Tanah Rang ( dikosongkan tanpa tanaman )
  • Rumput yg tumbuh jadi makanan lembu, kambing dan kuda.
  • Kebaikan kaedah ini menjamin kesuburan tanah
  • Petani dikhaskan sebidang tanah kecil dan hasil untuk sara hidup
  • Melalui cara ini petani berinisatif mencuba kaedah baru untuk tingkatkan pengeluaran.
  • Hubungan petani – tuan tanah dalam manor berasaskan kontrak tak bertulis
  • Lord melindungi petani – mendirikan kilang, gereja dan mahkamah untuk penduduk kampong.
  • Sebagai balasan petani berhutang bayaran dan perkhidmatan kepada Lord.
  • Bekerja untuk Lord beberapa hari seminggu.
  • Musim menuai dipaksa berkerja di tanah Lord.
  • Melaksanakan ekonomi melalui pertukaran barangan dan perkhidmatan menggantikan wang.

Kesimpulan :

Ekonomi feudal bersifat mudah dan primitive dan kaedah yang digunakan adalah untuk menjamin bekalan tenaga buruh unruk tuan tanah tanpa bayaran upah.

2 Responses

  1. amat berinfo untuk dikongsi.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,642 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930