Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim Portugal


Huraikan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemunculan Masyarakat Maritim Di Portugal 

Pengenalan :

  • Kemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 . Terdapat  pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.

Isi-isi :

Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme :

  • Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama mendorong kemunculan masyarakat maritim
  • Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
  • Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke seberang laut untuk tujuan tersebut
  • Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan

Perkembangan Perdagangan :

  • Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan
  • Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah daripada orang Islam

Pengaruh Renaisans :

  • Zaman ini menyemai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme
  • Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan teknologi
  • Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk meneroka kawasan baru

Teknologi Pelayaran :

  • Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan pelayaran
  • Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran
  • Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar dilautan luas
  • Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal

Pengetahuan Tentang Dunia Luar :

  • Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal
  • Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman pertengahan awal
  • Catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis melibatkan diri dalam kegiatan meritim
  • Perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal

Kesimpulan :

  • Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di Eropah.

3 Responses

  1. wani says:

    faktor kemunculan masyarakat maritim di jepun takde ke ?

  2. fasha says:

    faktor kemunculan m.mariti jepun???

  3. Rinalen96 says:

    tidak ckp maklumat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: