Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Bandingan Objektif Pelayaran Tamadun China dan Islam


Bandingkan Objektif Pelayaran Dan Penerokaan Antara Tamadun China Dengan Tamadun Islam.

Pendahuluan:

  1. Pelayaran bermaksud mengembara atau berjalan kemerata tempat dengan menggunakan laluan air.
  2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasn yang baru dijumpai atau diduduki.
  3. Latarbelakang sejarah pelayaran dan penerokaan ( P & P ) Cina.
  4. Latarbelakang sejarah ( P&P ) Tamadun Islam.
  5. Pengenalan kepada tamadun China dan islam.

 Isi-isi :

Meluaskan Pengaruh :

  • Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd. Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.
  • Semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengancam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jenderal Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Perdagangan :

  • Di zaman Khalifah Al – Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dengan barat. Meraka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.
  • Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal – kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Dibawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho ( 1371 – 1434 ) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

 Agama :

  • Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwh. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.
  • Pada tahun 399 Masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Budha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalannya ke India. Beliau berusaha mempelajari Budha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria dan berjaya mengumpulkan buku suci Budha untuk dibawa ke China.

Ilmu Pengetahuan :

  • Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat memperlajari Ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual islam.
  • Tokoh pelayaran China seperti Hsuan – Tsang, I – Ching dan Fa Hsien mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa – Hsien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I – Ching berjaya mengumpulkan 4000 naskhah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari india dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.

Diplomatik :

  • Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alauddin Riayat Shah ( 1588 – 1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim binatang yang tinggi kepada Sultan Acheh.
  • Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada abad ke – 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

Kesimpulan:

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

 

4 Responses

  1. ain says:

    haha..thank dah ada jawapan untuk kerja saya..

  2. zikhri says:

    sngt b’faedah….

  3. miss suzanne says:

    boleh sya tahu apa soalan ramalan????

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,688 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930