Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pengaruh Tamadun Islam


Terangkan Bagaimana Tamadun Islam Mempengaruhi Perkembangan Budaya dan Intelektual Eropah

Pendahuluan :

  • Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila kerajaan Islam menjelajah dan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar Laut Mediteranean.
  • Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam
  • Konsep tamadun Islam dan Eropah

Isi-isi Penting :

Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah :

  • Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah tentang peradaban Islam. 

Sokongan Raja Norman :

  • Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.

Perang Salib Melemahkan Institusi Gereja :

  • Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan Al-Ghazali, Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi dan matematik di Eropah.

Hubungan Perdagangan :

  • Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa..

Ilmu Pelayaran dan Geografi :

  • Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.

Sistem Pendidikan :

  • Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi, geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua ­yang didirikan di zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam.

Kegiatan Penterjemahan :

  • King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott menterjemahkan buku­buku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Contohnya: Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya Al-Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja Kristian.
  • Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus Autodidactus.
  • Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah karya Al-Khawarizmi diterjemahkan oieh F.Rosen di London

Gerakan lntelektual di Eropah :

  • Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.

Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniah :

  • Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.

Bidang Ekonomi :

  • Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai dipelajari daripada orang-orang Islam.

Pengaruh-pengaruh lain( selain daripada pengaruh Islam)

  1.  Perkembangan intelektual di Eropah
  2.  Kebangkitan golongan borjuis
  3.  Pertambahan penduduk
  4.  Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian
  5. Penjelajahan dan penerokaan

Kesimpilan :

Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.

 

3 Responses

  1. norazlina says:

    saya nak tahu…..sekiranya soalan seperti bahaskan pengaruh tamadun islam kepada kebangkitan tamadun barat adakah jwapan seperti diatas diterima.

  2. boleh tanya?? sejauhmanakah pengaruh tamadun parsi , yunani dan rom telah mempengaruhi masyarakat arab sebelum kedatangan islam

  3. Ain says:

    Yaa saya juga ingin bertanya adakah jawapan di atas boleh digunakan untuk menjawab tentang bahaskan pengaruh tamadun islam terhadap kebangkitan tamadun barat. Terima kasih 🙂

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,806 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031