Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Konsep Ekonomi dan Perkembangan


Terangkan konsep sara diri, komersil dan kapitalis. Huraikan sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke-18.

Pendahuluan :

  • Ekonomi : perkataan Yunani yang bermaksud peraturan rumah tangga
  • Ekonomi : ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran kewangan dalam aktiviti manusia
  • Pendapat Adam Smith : ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara
  • Jenis-jenis ekonomi : sara diri, sistem barter, komersil, perdagangan dan kapitalisme.

Isi :

Konsep Sara Diri, Komersil, dan Kapitalisme :

Konsep Sara Diri :

  • Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal melalui penerokaan terhadap sumber alam sekeliling melalui pemburuan dan pemungutan
  • Petani yang menjalankan kegiatan pertanian berasaskan konsep sara diri adalah untuk keperluan keluarga dan kegunaan seharian
  • Mereka menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti padi, ubi, keladi, sayuran dan buah-buahn
  • Kegiatan ekonomi sara diri juga meliputi kegiatan pengutipan dan pengumpulan hasil-hasil hutan seperti damar, rotan dan buah-buahan

Konsep Komersil :

  • Komersil ialah aktiviti jual beli urus niaga sesuatu barangan dan perkhidmatan
  • Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yang menjalankan kegiatan penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan secara besar-besaran
  • Pengkhususan melibatkan pertukaran orientasi keuntungan hubungan luar dan pengumpulan modal untuk kepentingan persendirian

Konsep Kapitalisme :

  • Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan
  • Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan
  • Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan
  • Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran yang bercorak baru.

Sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad   ke-18

Pergerakan Renaissance dan Reformasi :

  • Gerakan Renaissance pada abad ke-14M dan Reformasi telah memperkembangkan sistem kapitalisme
  • Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme, sekularisme dan rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mementingkan kebebasan dan kekayaan kebendaan
  • Masyarakat di bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalisme melalui aktiviti pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang

Fahaman Calvinisme :

  • Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme
  • Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras
  • Fahaman ini menyebabkan negara Protestan mengenepikan Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama

Kemunculan Negara Bangsa :

  • Raja-raja Negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan sistem kapitalisme
  • Setiap buah negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan
  • Untuk tujuan tersebut penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru digalakkan.
  • Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebu

Dasar Mekantalisme :

  • Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara
  • Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas
  • Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan
  • Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650

Dasar Kolonialisme :

  • Perluasan dasar mekantalisme membawa kepada koloni ke atas kawasan di Timur dan Amarika Latin
  • Ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme
  • Kekayaan koloni mengalir ke Eropah

Perkembangan Institusi Kewangan :

  • Perkembangan industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah
  • Menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit (pembayaran melalui cek) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal dengan membesarkan perniagaan mereka
  • Kesannya lahir golongan kapitalis yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
  • Di samping itu sistem bank juga merupakan satu perniagaan yang menguntungkan
  • Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman , pelaburan dan pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalis
  • Keluarga Fuggers dan Ausgurg dan Medici merupakan keluarga yang terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah

Perubahan dalam organisasi perniagaan :

  • Di zaman pertengahan aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan keluarga
  • Kesatuan tukang dan kesatuan dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan kebajikan sosial
  • Bermula pada abad ke-16 berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dan penubuhan syarikat perniagaan regulated (PR) dan joint stok (JS)
  • Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian
  • JS ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah
  • Syarikat Eastland (1576) merupakan syarikat regulated yang berdagang di laut Baltik
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris (1660) merupakan syarikat JS yang terkenal
  • Dengan modal yang besar dan kedudukan yang kukuh membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan
  • Kewujudan organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi kapitalisme di Eropah

Kesimpulan :

  • Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah Barat apabila berlakunya.
  • Revolusi Industri yang bermula pada abad ke-18.
  • Menerusi sistem ini Negara Eropah menjadi kaya dan menguasai ekonomi dunia.

 

8 Responses

  1. melati says:

    boleh tak cikgu terangkan keadaan sosioekonomi masyarakat melayu feudal di Tanah Melayu sebelum kemasukan barat abad ke 19

    • fastnote says:

      Sosioekonomi masyarakat melayu feudal di TM lebih menjurus kepada sistem feudal. Konsep serah dan kerah mendominasi. Sistem ekonomi lebih bergantung kepada ekonomi sara diri. walaupun begitu ada juga perkembangan dalam sistem ekonomi dengan mengadakan perdagangan dan perlombongan. Perdagangan yang dimaksudkan ilah perdagangan barter atau “barter trade”. Untuk maklumat lanjut rujuk tema 1 Sejarah kertas 2.

  2. sofizarra mellyna says:

    bly x cikgu terangkan dgn lbih detail tntg sejarah perkembangan dan faktor kecemerlangan ekonomi islam..
    sekian terima kasih..

  3. syahirah says:

    cikgu, ada tak nota konsep sistem ekonomi???

  4. wanie says:

    slam..bole x minta pkmbangan sstem eko sara dri kpda eko pdggn d alam mlayu..trimakasi

  5. shcda says:

    cikgu blh tak terangkan sumber-sumber ekonomi islam? trimakasih..

  6. zahira says:

    boleh x tolong huraikan konsep perdagangan di eropah pada abad ke 15-18 masihi.. terima kasih…

  7. Gadis Bintang says:

    cikgu boleh tolong beritahu saya secara terperinci mengenai perdagangan dan perniagaan di portugal dan belanda pada abad ke 16-18. Terima kasih. ^_^

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,806 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031