Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kepentingan Hijrah


Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.

Pendahuluan :

  • Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  • Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  • Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  • Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  • Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  • Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  • Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.

Isi-isi  :

Kepentingan Hijrah :

Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :

  • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
  • Melepasi sempadan Mekah Madinah

Penyebaran Islam Semakin Meluas :

  • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
  • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
  • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.

Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :

  • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
  • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah

Pertumbuhan Umat Islam :

  • Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
  • Umat Islam semakin kukuh.

Penubuhan Negara Islam :

  • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
  • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.

Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :

  • Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.

Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :

  • Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.

Permulaan Kalendar Hijrah :

  • Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
  • kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.

Perubahan Dasar Politik :

  • Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.

Kesimpulan :

Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

20 Responses

  1. thanks cikgu….saya tengah cari bahan nak wat present untuk kelas tutorial sem 2 nih…
    kalu cikgu ada, sila masukkan juga faktor2 yang membawa kpd kcemmerlangan n kjthn tamadun mesir kuno…

  2. just a girl says:

    thanks alot cgu..tp cgu ada tak sistem pembesar di asia timur??kalau ada bg masuk la ya..

    • cikgu renu says:

      blog ini memang berkesan dan efektif. Tidak dapat dinafikan saya menggunakkan blog ini sebagai bahan rujukan bagi pelajar-pelajar saya.

      Just a girl….ya betul Cikgu silakan masukkan ye.. 🙂

  3. mazuwin1911 says:

    tqvm cikgu…minta izin copy ye!

  4. ary says:

    bagus lah laman cikgu ni

  5. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, mudah mudahan perkongsian ini akan membawa manfaat kepada semua.

  6. Jovanita Imelda says:

    Dapat juga aku fakta glamour ni..syukur..n thnks..

  7. Cyprian says:

    betul2 dpat membantu saya belajar sejarah 1…..tq…

  8. adam kpop says:

    salam………….bnyak ilmu yg sya dpt dlam blog nie…..
    gud job cikgu jumali!!!!!!!!!!!

  9. syahmi says:

    terima kasih cikgu…………….

  10. amalina fodzi says:

    tqvm cikgu…
    bnyk membantu…

  11. Saif as-Soleh says:

    assalamualaikum…mohon share ilmu:)…syukran ustaz:)

  12. SANDRA JAIN says:

    mohon share…terima kasih semoga di dberkati usaha murni ckgu

  13. william says:

    kalaulah ckg di sekolah saya ada blok cam ni kompom bgs nk bljr..

  14. syed says:

    saya guna bahan cikgu sebagai rujukan untuk presentation dan assignment saya,terima kasih cikgu.

  15. aisyah says:

    cikgu,nak mntak tlong ni..sy perlukan semua maklumat tntang hijrah untuk exam sya ni..so,bleh tak cgu share lebih bnyak lg mklumat tntang hijrah ni…sy lemah sngat subjek sejarah ni,…

  16. hadirah says:

    syukran jazilan cegu:)

  17. sheila shendy says:

    ..syukur aq dpat info mgnai sej ini..thanz byk2 kpd pnrbit bhgian ini..

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,688 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930