Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Jenis-jenis Zakat & Kepentingannya


Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi umat Islam

Pengenalan :

  • Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran.
  • Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
  • Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

Isi :

Jenis-jenis zakat :

Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta :

  • zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
  • Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
  • Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang  penting dalam    ekonomi seperti;

Hasil tanaman dan buah-buahan :

  • Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 
  • Jika diusahakan sendiri 1/20

Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu :

  • Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
  • Emas dan perak (bukan perhiasan)
  • Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
  • Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau  simpanan semasa) kadar 2.5%
  • Barang-barang perniagaan-2.5%

Kepentingan Zakat :

  • Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin.
  • Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin.
  • Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat.
  • Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya.
  • Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain.
  • Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.
  • Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Kesimpulan :

  • Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.

 

3 Responses

  1. afrina faqihah binti aminuddin says:

    apakah kadar awal nisab bagi binatang ternakan?

  2. mia says:

    fungsi zakat & kepentingan zakat berbeza ?

  3. Taib Sajat says:

    Apa yg dikatakan zakat pendapatan di Msia walhal tidak wujud di Berunai yg melaksanakan Syariat Islam

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,772 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930