Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ibnu Taimiyah


Ibnu Taimiyah tokoh reformasi Islam yang terkemuka. Nilaikan faktor utama kemunculan dan perjuangannya pada abad ke-8H

Pendahuluan :

  • Nama sebenar Ibnu Taimiyah ialah Taqi- al Din Ahmad bin Taimiyah. Beliau di lahirkan di Harran pada 10 Rabiulawal 661 Hijrah.Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Sukkariyah yang dibuka bapanya. Ketika berumur 22 tahun beliau telah mengambil alih tugas bapanya di madrasah tersebut. Pada tahun 695 hijrah beliau bertugas sebagai guru di Madrasah hanbali Damsyik. Beliau pernah terlibat dengan ekspedisi ketenteraan misalnya menyertai tentera Mameluk menentang kaum Syiah dan menentang tentera Mongol pada tahun 720 hijrah. Dua tahun kemudian beliau menyertai ekspedisi ketenteraan menentang kaum Syiah di Kasrawan.

Isi :

 Faktor Utama :

  • Serangan tentera Mongol di Timur dan Perang Salib di sebelah Barat menyebabkan  Ketamadunan Islam  Baghdad dan Andalus jatuh ke tangan musuh. Ini bukan saja memberi kesan dari segi politik dan  ekonomi tetapi juga kesan psikologi dan pemikiran.
  • Muncul mazhab-mazhab dalam aliran Ahli Sunnah Waljamaah telah melahirkan golongan yang taasub kepada mazhab. Keadaan ini telah membawa kepada zaman taklid secara membuta tuli dan memperlihatkan ketandusan dan kebekuan ilmu pengetahuan dan pemikiran
  • Kemunduran umat Islam berpunca dari sikap umat Islam yang mula alpa dengan ajaran al-Quran dan Hadith.hal ini berpunca dari kemewahan dan sikap pemerintahan yang menzalimi rakyat. Akibat daripada ini lah muncul tokoh reformis seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Khaldun untuk membetulkan keadaan.

Perjuangan Ibnu Taimiyah :

  • Mengecam amalan bidaah seperti menziarahi kubur-kubur keramat, pemujaan terhadap golongan wali dan membayar niat di kubur-kubur berkenaan. Tindakan beliau telah mengundang penentangan tokoh-tokoh tasawuf Mesir seperti Ibn ‘Ata’ullah dan karim al-Din al-Amuli serta dipenjara beberapa kali
  • Pembersihan  pengaruh pemikiran Yahudi dalam ilmu kalam dengan membenteras unsur syirik. Belaiu mengecam golongan Wujudiyah yang mengemuka teori tuhan dan alam termasuk manusia merupakan satu.Ibnu Taimiyah menyatakan konsep wujudiyah bercanggah dengan tauhid. Walaubagaimana pun beliau tetap menyanjung dan mengagumi tasawuf akhlak dan tokoh-tokoh seperti Imam al-Ghazali, Junayd al- baghdadi dan Zun al-Nun al-Misri
  • Hasilkan beberapa karya seperti kitab al-sarim al-Maslul ‘ala Shatim al-Rasul, kitab al-Siyasah al-Shariyah, Fatwah Misriyah dan Majmu at Fatwa Sheikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyah.Semua kitab dan karangan yang dihasilkan oleh beliau telah disenaraikan dalam Asma Muallafat Ibn Taimiyah oleh Ibn al-Qayyim
  • Akibat kritikn dan bidasan terhadap golongan tasawuf beliau telah di bawa ke pengadilan oleh sekumpulan ulama dengan alasan beliau menyebarkan akidah yang bertentangan dengan ahli Sunnah namun beliau tidak hadir.
  • Tindakan seterusnya ialah beliau telah dipenjara buat kali kelimapada tahun 726 hijrah dan akibat penyeksaan yang diterima beliau telah meninggal dunia di dalam penjara pada 728 hijrah ketika berusia 67 tahun.
  • Perjuangan beliau diteruskan oleh dua anak murid belaiu iaitu ibnu al-Qayyim dan Muhammad Abdul Wahab. Namun begitu perjuangan mereka mengalami jalan buntu kerana pada masa itu dunia Islam telah dikuasai oleh ulama konservatif yang mangamalkan tasawuf tarekat yang dikenali sebagai popular sufisme.
  • Idea dan perjuangan beliau telah mempengaruhi golongan reformis dan tokoh-tokoh Islam lain termasuk di Mesir dan Tanah Melayu antaranya perjuangan Rashid Reda dan Muhammad Abduh yang mahukan umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar sekali gus meninggalkan amalan kurafat dan bidaah yang mengongkong umat Islam.

Kesimpulan :

  • Perjuangan dan kelantangan kritikan Ibnu Taimiyah menyebabkan beliau dianggap sebagai imam mujtahid dan reformasi Islam yang unggul.
  • Kehebatan beliau diminta memberi fatwa supaya Islam dikecualikan berpuasa dalam perang

 

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,808 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031