Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Tips Menghadapi Peperiksaan


Tips Menghadapi Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan :

  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
  • Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
  • Semak soalan-soalan yang lepas
  • Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

Hari Peperiksaan :

  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :

  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :

  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

 Semoga Anda Berjaya Dalam STPM 2008… Insya-Allah

Filed under: Mesti Baca

11 Responses

  1. eizan says:

    salam..
    saya minta izin ambil tips ini

  2. syah says:

    saya cb untk study group tapi tak menjadi…
    kalau belajar sendiri tanpa belajar berkumpulan takpe kan…. sya lebih selesa bljr sendiri daripada bljr berkumpulan..
    apa pendapat cikgu….?

    • fastnote says:

      Hampir peperiksaan mungkin tidak mengapa,… tetapi di peringkat awal nak kumpul maklumat yang banyak seorang tidak termampu rasanya… Cikgu rasa study smart adalah yang terbaik… kongsikan ilmu pada yang lain-lain…

  3. syah says:

    TERIMA KASIH CIKGU. DOAKAN SAYA UNTUK UJIAN AKHIR TAHUN YA… INSYALLAH SAYA CUBA YANG TERBAIK.

  4. kasihku_humaira says:

    salam cikgu,
    mohon izin utk guna tips cikgu utk di letakan dalam blog saya. tiada tujuan komersial atau apa2, sekadar berkongsi maklumay bersama rakan sebelum peperiksaan akhir semester ini..apepun saya akan aknowledge copyright cikgu itu…

    lagi satu, blog cikgu buatkan sy terkenang subject sejarah semasa sy STPM 2005 dulu..alhamdulillah sgt membantu sy..

  5. amani... says:

    salam…dpt igt smula memori subjek sejarah…hahaha…tq cikguuuu…

  6. ashiqin says:

    izinkan saya ambil tips ini

  7. roselyienah.L says:

    tq… sy rasa tips ne mmg bgs la..

  8. fatin says:

    thank you cikgu.akan sy gune kan tips nie utk stpm sebenar2010 nanti

  9. Hanna Nana says:

    cikgu,kenape kita tak boleh berbincang dgn rakan-rakan sebelum masuk ke dalam dewan?

  10. Meeewa says:

    Saya UPSR 2012 🙂 Mid Year exam lusa . ;O

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,695 pengunjung

Kalendar 2016

October 2008
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031