Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

E-Book Koleksi Soalan Sejarah P2 2013-2016


muka-depan-koleksihttps://www.yumpu.com/id/embed/view/Q1lYbctMaCJA3U78

Filed under: Bank Soalan

E-Book Modul Puncak Sejarah P2 2016


Modul P2

https://www.yumpu.com/id/embed/view/0sCKGuZaPzMT1fg3

Filed under: Bank Soalan

Modul Puncak Sejarah STPM P1 Negeri Melaka, 2016


Muka Depan P1Sila Klik Link Di bawah :

MODUL SEJARAH P1 STPM 2016

Filed under: Bank Soalan, Mesti Baca

Modul Puncak Sejarah STPM P3 Negeri Melaka 2015


MUKA DEPAN MODUL P3Modul Puncak Sejarah STPM P3 Negeri Melaka 2015

Sila Klik Pautan Di bawah :

MODUL PUNCAK SEJARAH P3 NEGERI MELAKA 2015

Filed under: Uncategorized

Modul Puncak Sejarah STPM P2 Melaka 2016


Modul P2Modul Puncak Sejarah STPM P2 Negeri Melaka 2016

Sila Klik Link Di bawah :

MODUL PUNCAK SEJARAH STPM P2 MELAKA 2016

Filed under: Bank Soalan

Menerima Kegagalan…


Keputusan Sejarah P1 kurang baik atau gagal? Tak usah khuatir. Gagal bukan peristiwa luar biasa. Terima kenyataan dan belajar dari pengalaman, dan teruskan impian Anda.

Kejayaan adalah perjalanan di mana Anda gagal, belajar dari kegagalan, belajar lagi sampai akhirnya Anda berhasil meraih kejayaan.

Cara menghadapi kegagalan adalah memilih untuk menerima kenyataan, bukan memilih untuk hanyut dan tenggelam dalam perasaan negatif yang ditimbulkan oleh kegagalan itu. Ketika Anda berani menerima kenyataan, kegagalan takkan mampu melukai Anda lebih jauh. Dengan begitu, Anda siap sedia untuk terus bangkit.

Anda pasti setuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik. Dari pengalaman gagal itulah Anda dituntut untuk memperbaiki diri supaya lebih baik lagi. Gagal adalah petunjuk agar Anda segera mencari jalan untuk bangkit. Hanya orang malas sahaja yang tidak akan berbuat apa-apa.

Cikgu Jumali doakan Anda BERJAYA…

Filed under: Mesti Baca

Untuk Ulangkaji : Koleksi Soalan Sebenar Sejarah STPM P2


sharing

SOALAN SEBENAR SEJARAH STPM 9402

( Sila Klik dan Download )

Perkongsian : Rakan-rakanĀ Guru GATE Sejarah STPM

Filed under: Bank Soalan

Modul P2 Negeri Melaka


Modul P2 Sejarah STPM MelakaMODUL P2 PUNCAK SEJARAH NEGERI MELAKA 2015

Sila Download Untuk Perkongsian

Filed under: Bank Soalan

Tajuk KK Sejarah 940/4 2016


Assalamualaikum…..

Lama tidak bersua di Weblog ini. Walau apa pun persediaan untuk Penggal 2, 2016 harus diberikan tumpuan. Soalan PBS Kerja Kursus Sejarah telah pun keluar. Baca Manual tersebut dan cuba cari bahan terutama tajuk kajian yang ingin dilakukan….

Cikgu Jumali sertakan Manual KK Sejarah 940 ( Kertas 4 ) 2016 (18.12.2015)

Selamat Bercuti Semua…

Filed under: Bank Soalan

Mengapa Berlaku Plagiat …


Taklimat 2 (2)

Taklimat KK Sejarah 2015 Negeri Melaka, Oleh En. Yusri Seman

Taklimat 5Ā  Taklimat 2 (1)

Taklimat 4 (2)Ā  Taklimat 4 (1)

Peserta Kursus KK Sejarah 2015

Demam Kerja Kursus sejarah 940/4 sudah bermula. Weblog Cikgu Jumali berharap agar pelajar-pelajar PPU seluruh negara dapat mematuhi tarikh-tarikh penting berkaitan dengan KK Sejarah. Dalam kesibukan menyiapkan KK Sejarah, janganlah kita melupakan etika penulisan. Jangan sampai kita memplagiat hasil orang lainā€¦..

Dikesempatan ini Weblog Cikgu Jumali ingin berkongsi dapatan daripada blog : http://maharamdotcom.blogspot.com mengenai apakah plagiat dan mengapa berlaku plagiat dalam penulisan pelajarā€¦

Mengapa Berlaku Plagiat :

Azizan Kadir Dot Com dalam blognya telah menulis tentang Plagiarism Fenomena Atau Trend. Anda boleh ke blog beliau ataupun baca artikel berkenaan yang telah saya salin dan tampal seperti di bawah :

Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. ā€œPlagiarismā€™ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying anotherā€™s work, or brrowing someone elseā€™e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ā€˜copy dan pasteā€™ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

Amalan ā€˜copy pasteā€™ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ā€˜copy pasteā€™ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan ā€˜copy pasteā€™. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.

1. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Pelajar Kurang Mahir Mencari Maklumat

Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

2. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Tidak Mempunyai Masa Yang Secukupnya

Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

3. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Suasana Pembelajaran Di Universiti Berbeza Dengan Sebelumnya

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ā€˜copy pasteā€™ untuk menyiapkan tugasan mereka.

4. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Kurang Kesedaran Tentang Plagiarism

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ā€˜copy pasteā€™ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

5. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Kurang Persedian Dalam Menyiapkan Tugasan

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata.

6. Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Sifat Pelajar Itu Sendiri

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan kepada anda? Sebagai pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa wujudnya amalan ā€˜copy pasteā€™ di universiti dan saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.

Sebelum saya menoktahkan artikel kali ini, saya tinggalkan satu persoalan kepada tuan puan. Patutkah jenayah akademik ini dijatuhkan hukuman atau denda?

Filed under: Mesti Baca

Nota Sejarah Penggal 1,2 dan 3 :

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,628 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930