Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Mengapa Berlaku Plagiat …


Taklimat 2 (2)

Taklimat KK Sejarah 2015 Negeri Melaka, Oleh En. Yusri Seman

Taklimat 5  Taklimat 2 (1)

Taklimat 4 (2)  Taklimat 4 (1)

Peserta Kursus KK Sejarah 2015

Demam Kerja Kursus sejarah 940/4 sudah bermula. Weblog Cikgu Jumali berharap agar pelajar-pelajar PPU seluruh negara dapat mematuhi tarikh-tarikh penting berkaitan dengan KK Sejarah. Dalam kesibukan menyiapkan KK Sejarah, janganlah kita melupakan etika penulisan. Jangan sampai kita memplagiat hasil orang lain…..

Dikesempatan ini Weblog Cikgu Jumali ingin berkongsi dapatan daripada blog : http://maharamdotcom.blogspot.com mengenai apakah plagiat dan mengapa berlaku plagiat dalam penulisan pelajar…

Mengapa Berlaku Plagiat :

Azizan Kadir Dot Com dalam blognya telah menulis tentang Plagiarism Fenomena Atau Trend. Anda boleh ke blog beliau ataupun baca artikel berkenaan yang telah saya salin dan tampal seperti di bawah :

Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. “Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan ‘copy paste’. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.

1.         Pelajar Kurang Mahir Mencari Maklumat

Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

2.         Tidak Mempunyai Masa Yang Secukupnya

Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

3.         Suasana Pembelajaran Di Universiti Berbeza Dengan Sebelumnya

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

4.         Kurang Kesedaran Tentang Plagiarism

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

5.         Kurang Persedian Dalam Menyiapkan Tugasan

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata.

6.         Sifat Pelajar Itu Sendiri

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan kepada anda? Sebagai pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa wujudnya amalan ‘copy paste’ di universiti dan saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.

Sebelum saya menoktahkan artikel kali ini, saya tinggalkan satu persoalan kepada tuan puan. Patutkah jenayah akademik ini dijatuhkan hukuman atau denda?

Filed under: Mesti Baca

One Response

  1. asrul says:

    kerana ‘pendidikan’ tiada nilai & tidak meletakkan hak pada tempatnya. ramai yang dapat menyerap informasi, tetapi ia tidak bernilai ilmu, cuma hanya apabila pelbagai informasi diolah, difikir, ditenung. jika sekadar untuk bekerja, janganlah diberi/dinamakan ‘pemberian kuasa’ kepada yang bukan hak.

    hukuman adalah perkara terakhir untuk melengkapi sistem. sistem yang baik sedikit hukumannya. sistem yang baik peraturannya berbentuk panduan, bukan sekadar2 hukuman. sistem yang baik tidak perlu buku panduan setebal kamus dewan. sistem yang baik mudah difahami mengapa. sistem yang baik berawalan kepada akar niat.

    sistem yang baik sukar dibina. sistem yang baik tidak dapat berdiri sendiri tanpa memikirkan sub-sistem lain. sistem yang baik bukan sekadar meneka2, membuat tanggapan, membuat kesimpulan buta sambil makan kuih 2 jenis dah minum teh o.

    memikirkan sistem ciptaan tuhan tidak perlu keluar dari dunia ke alam cakerawala, ambil saja contoh satu dari 11 sistem tubuh dirimu. jika sekurangnya dapat memahami mengapa, sekurangnya melayakkan cuba membuat sistem ciptaan.

    panduan ulung telah diberikan. cerita bijaksana tua banyak penghargaan. terpulang saja mahu pilih batil atau hak.

    ciao

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,847,335 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

January 2015
M T W T F S S
« Jun   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: