Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Interaksi Tamadun Islam & Barat


Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan bentuk interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Barat pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol.          

Pengenalan :

  • Agama Islam, bahasa dan kebudayaan Arab tersebar luas dari Asia Barat ke Mesir, Sicilly, dan Sepanyol berikutan munculnya pelbagai kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiyah, Fatimiyyah, dan Mameluk di Cordova.  Cordova pusat pemerintahan Umayyah di Sepanyol adalah juga pusat kegiatan intelektual.  Dari Cordova kebudayaan Islam berjaya menembusi kebudayaan Kristian di Eropah Barat.  Di bawah pemerintahan Al Hakam III kebudayaan Islam memuncak dengan penubuhan Universiti Cordova.  Andalusia telah menjadi tumpuan para ilmuan dari seluruh dunia khususnya dari Eropah Barat.  Pada keseluruhannya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Barat berlaku melalui hubungan perdagangan, diplomatik, peperangan dan pertubuhan penyelidikan dan penterjemahan.
  • Latarbelakang Tamadun Islam dan Tamadun Barat.
  • Latarbelakang kerjaan Bani Umaiyyah di Sepanyol.

Isi :

Ekonomi dan Perdagangan.

  • Di bawah pemerintahan Abd al Rahman industri dan pertanian kian berkembang.  Terdapat industri tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang amat menarik perhatian para saudagar Barat. Pertanian yang digalakkan oleh kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu.  Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah. Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam bahasa-bahasa Eropah seperti “admiral” dan “tarif” yang didapati dalam perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di sebahagian Eropah.

Diplomatik

  • Melalui saluran diplomatik berlakunya interaksi kedua tamadun. Kecemerlangan Cordova adalah setanding dengan Baghdad dan Constantinople. Khalifah mengadakan hubungan diplomatik dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan Perancis.  Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusan-utusan negara Eropah ke Cordova.  Melalui saluran diplomatik unsur-unsur tamadun Islam telah mengalir ke Eropah.  Sarjana-sarjana Eropah dan negara-negara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu.

Peperangan

  • Peperangan merupakan suatu saluran lagi bagi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat.  Cordova berperang dengan tentera Charlemagne pada 778 TM yang pertempurannya merangsangkan penghasilan sebuah karya sastera yang terkenal, iaitu Chanson de Roland.  Di Sepanyol peperangan selalu berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona.  Melalui peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam, organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Abdul Rahman al-Dakhil menghantar ekspedisi tentera ke utara yang bertujuan mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kedaultan daripada diancam oleh musuh yang menganut Kristian.

Perkembangan Ilmu Pengetahuan.

  • Cordova merupakan pusat kegiatan intelektual.  Universiti Cordova menjadi institusi ilmu terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu pengetahuan.  Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh Al-Hakam yang mengumpulkan sebanyak 400,000 manuskrip dari Iskandariah dan Baghdad.  Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah, dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu.  Falsafah Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke Eropah.  Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance.
  • Antara tokoh pertama yang belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of Chester.

Penterjemahan

  • Pertemuan antara para sarjana Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin.  Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun.  Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan.  Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat – Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke seluruh Eropah.

Budaya :

  • Berlakunya interaksi antara masyarakat barat dengan masyarakat Islam, Mandi, Pakaian, sabun, Melahirkan masyarakat Mozareb. Bahasa : Alkohol, kimia.

Seni bina :

  • Arca, Menara, Arabesque,

Kesimpulan :

Apa saja yang berkaitan

14 Responses

  1. ummi hafizah says:

    terima kasih cikgu jumali,sangat-sangat membantu saya menyiapkan report untuk subjek saya di universiti.

  2. siti munirah says:

    terima kasih cikgu… isi ini membantu sy serba sedikit untuk buat assignment… syukran

  3. siti munirah says:

    terima kasih cikgu… di atas perkongsian ini

  4. aishah says:

    aslm alykm..boleh tak cikgu terangkn hubungan diplomatik dalam tamadun Islam.

  5. Lnee says:

    thanks for this articles. it really help me to do my revision for my coming exam.

  6. suria says:

    pe definisi INTERAKSI ANTARA TAMADUN??
    trangkan dgn detail….

  7. L'c Cy says:

    Tq cgu..fakta ini dpt membantu sy membuat assignment.

  8. mira says:

    cikgu, apakah definisi hubungan sosial dalam Tamadun Islam serta bagaimana ia dapat mewujudkan sebuah negara yang maju?

  9. interaksi antara tamadun islam dengan barat?
    tamdun melayu, china. and india?

  10. jyboyz93 says:

    ty ckgu..

  11. assalamualaikum cikgu, mintak cikgu bagi saya perbezaan dan persamaan budaya barat dan islam dalam pendidikan.. tq.

  12. jagathis says:

    Selamat Sejahtera cikgu, mintak cikgu bagi saya soalan koleksi negeri bagi soalan stpm percubaan 2012. tq

  13. zul says:

    Tq cikgu..inindpt.bantu sy buat present

Leave a reply to mira Cancel reply

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,430 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930