Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Zaman Renaissance


Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di Eropah.

Pengenalan :

  • Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.
  • Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi-isi :

Pengertian Renaissance :

  • Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
  • Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
  • Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
  • Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :

  • Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.
  • Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
  • Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
  • Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
  • Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
  • Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
  • Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.
  • Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Kesimpulan :

Apa-apa yang berkaitan.

 

25 Responses

  1. ikey says:

    Cikgu saya nk tanya..adakah perlu berlakunya..
    Zaman Renaissance di eropah pada ketika itu..sedangkan pada ketika itu eropah masih lagi belum lagi mgalami kejatuhan yang teruk..apa yang pernah saya baca..ada sedikit pencanggahan fakta..

    • fastnote says:

      Rujuk Kesan Perang Salib, … masyarakat Eropah sudah mula sedar yang mereka ketinggalan dalam banyak segi. Mereka sudah melihat adanya suatu tamadun yang begitu hebat iaitu Tamadun Islam ketika mereka berhadapan dengan Perang Salib. Mereka ingin bebas daripada belenggu agama (gereja), yang menyebabkan mereka ketinggalan jauh dan mereka ingin keluar dari kegelapan (Dark Ages)iaitu zaman statik tida apa-apa kemajuan yang berlaku (zaman feudal)….

  2. khuz says:

    salam… tumpang bertanya, adakah
    memang pada zaman ini sahaja muncul
    tokoh-tokoh barat… atau selepas
    zaman ini baru muncul tokoh-tokoh
    barat… hal ini kerana saya kurang
    yakin dengan semua tokoh-tokth yang
    muncul pada zaman renaissance ini.

  3. nash says:

    cikgu saya nak tany apakah :1. SEJARAH ALIRAN
    2. PENGASAS AWAL
    3. FALSAFAH
    4. CIRI-CIRI ERA
    5. PENGARUH
    pada zaman seni renaissance ini

  4. nurhidayah says:

    salam..sy nk tny zaman apakah selepas zamn renaissance?? dan apekah sumbangannye??

  5. ezad says:

    asl ada zaman nie kt form5 spm pecah kpala sya cguw.

    • fastnote says:

      Zaman ni penting kepada dunia barat sebab tu ada keluar kat STPM… Ingat kita belajar sejarah tamadun, bukannya sejarah!!!!…

  6. ezad says:

    adoi zaman nie.xkuar spm 2010 kep ciguw.

  7. syafiq says:

    cikgu saya nak tnye….
    blh tak cikgu senaraikan tokoh islam pada zaman rainesan ni….

  8. Abdullah says:

    salam..cikgu, minta terangkan sumbangan tokoh Renaissance..Desiderius Erismus..harap cikgu dapat terangkan..pening2 nk taw sal sumbangan tokoh nie.

  9. sheila says:

    salam.. cikgu, bole terangkan apakah langkah sumbangan dan kesan tamadun islam dalam zaman gelap dari segi politik?

  10. khairunnisa says:

    salam ckg..
    tumpang bertanya
    biasanya.apakah soalan kbkk yg akan ditanya dalam tajuk ni

  11. azhman says:

    emm..cikgu nak tnya sikit, pada zaman ni apa sukan yang telah muncul dan apakah yang mendorong kepada kemunculan sukan tersebut..TQ.

  12. umi qaisara says:

    assalamualaikum .saya nak tanya bagaimana nak hurai tajuk pembangunan teknologi ketenteraan dalam tamadun manusia :analisis perkembangan tujuan dan matlamat.

  13. nadrah says:

    salam cikgu,walaupun saye xterlibat dgn spm,jus nk tnye,mcm mane ekonomi effect kepade senibina Zaman Renaissance

  14. sue says:

    assalamualaikum…di sini saya ade beberapa soalan..apakah kegiatan yang di lakukan oleh pertubuhan semasa zaman renaisans..?

  15. Isz Izzuddin says:

    salam cikgu… Seni pada abad ke 14 tertumpu pada apa??

  16. shafika says:

    salam cikgu , boleh terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan di Eropah ?

  17. MaDy says:

    cikgu <3

  18. aiqal pengguna blog says:

    salam.. cikgu, saya nak minta doa cikgu agar dapat ‘A’ untuk STPM 2012 ni..

  19. aq pning lh says:

    crita psal renaissance ni bwat aq pning lh…..
    aq mmang x ska psal renaissance….bwt aq pning jax….
    aq mlas lh nak bca psal ni….
    tlong aq dong….g mna aq mw bljar????????

  20. illya says:

    assalam,cikgu….
    adakah sumbangan dan formular yg dicipta oleh tokoh2 di zaman renaissance datangnya dari tokoh2 Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: