Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Zakat Zaman Bani Umayyah


Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.

Pengenalan :

  • Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka yang bererti penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat bermaksud kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.

Isi :

 Fungsi zakat :

  • Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala.
  • Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa
  • Mewujudkan kedamaian
  • Merapatkan jurang kekayaan dalam kalangan masyarakat Islam
  • Menyemai semangat bertanggungjawab dan tolong menolong
  • Mengikis sifat-sifat tamat dalam pemilikan harta
  • Membuktikan sifat mentaati hukum agama
  • Mendapatkan keberkatan

Pelaksanaan zakat zaman Bani Umaiyah :

  • Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Umaiyah menonjol ketika era pemerintahan khalifah Umar  b. Abd. Aziz. Beliau telah memastikan institusi zakat ditadbir dengan baik dan sistematik.

Melantik Amil :

  • Baginda membentuk institusi zakat dan melantik amil untuk memungut zakat  dibahagian-bahagian yang berbeza mengikut ukuran nisab tertentu

Menggalakkan umat Islam bekerja keras :

  • Melalui institusi zakat baginda berjaya menggalakkan umat Islam bekerja keras dan bermuafakat sehingga menjadi masyarakat yang makmur. Kemakmuran masyarakat dapat dilihat sehingga tiada seorang pun yang layak menerima zakat pada zamannya.

Membahagikan 5 jenis zakat :

Zakat pada zaman Bani Umaiyah dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:

  • Zakat Emas dan Perak sebanyak 2.5%
  • Zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu;
  • Setiap 40-100 ekor zakatnya seekor kambing. Jika 100-200, zakatnya seekor setiap 100    ekor.
  • Bagi unta; setiap 5 hingga 24 ekor, zakatnya seekor kambing. Jika 25 ekor zakatnya   anak   unta betina berumur setahun.
  • Lembu/kerbau; setiap 30 ekor zakatnya anak betina umur setahun. Apabila sampai 60  ekor zakatnya seekor tetapi berumur 2 tahun.
  • Kuda; dikenakan zakat jika digunakan untuk tujuan perniagaan.
  • Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5% mengikut syarat zakat emas dan perak.
  • Zakat galian dan harta yang tertanam; jika di bumi perang zakatnya 1/5, jika di bumi aman     2.5%.
  • Zakat tanaman dan buah-buahan; jika guna siraman air hujan 1/10, jika usaha sendiri 1/20

Menentukan golongan yang layak menerima zakat :

Hasil kutipan zakat disalurkan kepada 8 asnaf yang layak iaitu :

  • Fakir
  • Miskin
  • Amil
  • Mualaf yang dinakkan hatinya
  • Hamba yang hendak memerdekakan dirinya
  • Orang berhutang
  • Orang yang berjihad
  • Musafir

Menubuhkan Diwan al Kharaj :

  • Sebuah jabatan dinamakan Diwan al Kharaj ditubuhkan untuk melicinkan tugas pungutan cukai (sebahagian besarnya adalah zakat )dan mengeluarkan perbelanjaan negara.

Kesimpulan :

  • Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi Negara Islam. Ia merupakan bahan penting dalam sistem percukaian negara. Melalui pelaksanaan zakat jurang perbezaan ekonomi antara umat Islam dapat dikurangkan.

 

3 Responses

  1. Muhammad Jeffrey Teoh says:

    Salam, Saya nak tanya, kalau saya ada hutang bank, boleh tak saya minta zakat untuk bayarkan??

  2. sdfghj says:

    runtuhkan Barisan Nasional, baru zakat cantekk..

  3. anymos says:

    anda boley minta jika anda tergolong dalam golongan miskin .

    zakat tidak ada kena m’ena dengan BN , pengurusan zakat mengikut amil yg dilantik bukan BN yg melantik mereka , jika kita tengok , apabila sesebuah negeri itu mempunyai ramai fakir dan miskin , bermakna Amil zakat negeri itu yg tidak bertanggungjwab .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 192 other followers

%d bloggers like this: