Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ummah


Huraikan konsep ummah dan usaha yang dilakukan oleh Nabi  Muhammmad saw  untuk   membentuk masyarakat Madinah . 

Pendahuluan

  • Latar belakang demografi masyarakat Madinah
  • Kepimpinan Nabi Muhammad saw di Madinah

 Isi :  

Konsep Ummah :  

Pengertian Ummah :

  • Masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al Quran.
  • Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw.
  • Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani .
  • Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah.
  • Bilamana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat islam sahaja.

Langkah-langkah dalam pembentukan masyarakat Madinah :

Mendirikan dan Memakmurkan Masjid :

  • Masjid berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama , politik ekonomi dan sosial contoh masjid  Nabawi . Justeru dapat melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu .

Penyatuan masyarakat islam Madinah melalui Al-Quran dan Hadis :

  • Bagi memastikan kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat islam, nabi Muhammad saw menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan kehidupan masyarakat Islam Madinah.                                               

Menyatukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj :

  • Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlakukan peperangan yang panjang seperti Perang Buath.Baginda telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Justeru itu semangat Assabiyah telah digantikan dengan semangat ukhwah.

Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar :   

  • Kaum Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah menghadapi kesulitan fisikal . Nabi Muhammad saw  telah menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan diantara golongan Muhajirin dan Ansar .Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksuad “ BersaudarAlah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan’ contohnya Saidina Umar al-Khattab dengan Utbah b Malik .

Membendung perancangan kaum Munafik :

  • Kaum Munafik merupakkan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan menghancurkankan masyarakat islam.
  • Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secata terbuka dan kematian ketunya Abdullah b Ubay melenyap cita-cita mereka.

Penyingkiran Kaum Yahudi di Madinah :

  • Kaum Yahudi Bani Qainuqa , Bani Nadir dan Bani Quraidzah telah disingkirkan dari kota Madinah kerana melanggar  Perjanjian Madinah.Penyingkiran mereka di buat secara perundangan berteraskan keadilan .Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah .Dengan itu Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat islam sahaja.       

Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan.

 

7 Responses

  1. shafida says:

    Assalamualaikum cikgu
    saya ingin mengajukan pertanyaan tentang slogan sambutan Maulidurassul perinkat kebangsaan untuk 2011 ini …tem ayang dipilih adalah 1 Malaysia 1 ummah…

    saya amat terkilan dengan maksud slogan tersebut iaitu menyamakan orang bukan ISlam dengan orang Islam….kenapa perlu disamakan . adakah masyarakat bukan Islam ambil peduli atau menyambut atau menghormati tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ???????

    ataupun adakah 1ummah di sini di maksudkan dengan dengan benda lain? apa pendapat cikgu..
    sekian terima kasih

    • fastnote says:

      Dalam Islam Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam sahaja, setelah orang Yahudi mengingkari Perlembagaan Madinah dan dihalau keluar dari Madinah pada tahun 2 Hijrah… Pada Cikgu 2 konsep itu amat berbeza,… 1 Ummah dan satu lagi 1 malaysia…

  2. Khadijah Bt Trang says:

    Saya ada 4 soalan
    1)jelaskan konsep ummah dan ciri-cirinya
    2)jelaskan konsep ukhuwah dan ciri-cirinya
    3)Huraikan konsep ummah dan ukhuwah untuk dijelmakan dlm pembentukan masyarakat madani
    4)Huraikan konsep dan prinsip-prinsip keadilan

  3. Wong Kee Tieng says:

    Assalamualaikum cikgu ,
    1) Apa sebabnya kaum khazraj dan Aus membangkitkan peperangan sedangkan mereka ialah kaum dari Arab utara semenanjung Arab?

    2)Mengapakah Kaum yahudi sanggup membantu kaum Aus untuk mengalahkan kaum khazraj sedangkan kaum yahudi mementingkan kuasa pada masa itu ?

  4. nur husna says:

    cikgu kesimpulan boleh ke kte tulis apa saja yang berkaitan dapat markah x??

  5. umie says:

    Huraikan konsep ummah dan ukhuwah untuk dijelmakan dlm pembentukan masyarakat madani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: