Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sun Tzu


Jelaskan taktik dan strategi peperangan yang disarankan oleh Sun Tzu dalam buku Seni Peperangan.

Pendahuluan :

  • Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam  tamadun China. Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera kerajaan Wu dan pernah menewaskan negeri Chu dan Ying. Buku yang dihasilkan Seni Peperangan merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan tertua.Buku ini mengandungi 6000 perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan 13 taktik dan strategi.

Isi :

Strategi Anggaran :

  • Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum melancarkan peperangan. Lima perkara harus di pertimbangkan  dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim, kepimpinan dan pengendalian peperangan.

Melancarkan Peperangan :

  • Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat.

Strategi Menyerang :

  • Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa peperangan berlarutan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran ketenteraan dan mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila tidak patut berbuat demikian.

Strategi Serangan Menggunakan Api :

  • Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.

Strategi Menggunakan Tali Barut :

  • Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik.

Kesimpulan :

  • Idea yang dikemukan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin barat dan dikaji oleh pakar-pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun hingga kini. Idea beliau paling penting di Asia  dan digunakan selama 200 tahun.

 

3 Responses

  1. rozez95 says:

    bleh bagi soalan spot 2009

  2. kay says:

    cikgu nak tanya sket…..klau soalan “sun tzu merupakan seorang tokoh pelopor dan ahli strategi pemikir ketenteraan yang ulung d china.bincangkan” soalan ni ye mintak stategy yang di gunakan ke?ke macmmane

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 185 other followers

%d bloggers like this: