Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sumber Pendapatan Negara Zaman Nabi


Bincangkan sumber-sumber pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w

Pendahuluan :

  • Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian Al­Aqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nabi dan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
  • Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.
  • Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.

Isi :

Derma (sedekah) :

Sumber :

  • Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.

Kepentingan :

  • Derma dan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.
  • Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.
  • Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan  masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba’.

Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai’) :

Sumber :

Kekalahan musuh dalam sin’ peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain.

Kepentingan :

Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.

Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh :

Sumber :

Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.

Kepentingan :

  • Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.

Tebusan Tawanan Perang :

  • Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-MustaliqFerlaya mendapat tebusan tawanan perang.
  • Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang)

Jizyah :

  • Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima’ pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun.
  • Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam.
  • Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

Zakat :

  • Sumber – pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..
  • Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan.       Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan.

 

3 Responses

  1. ana says:

    assalam mua’laikum!
    mohon izin coppy taman ilmu dari tuan blok ini?

  2. wan says:

    izin copy….saya akan letakkan web ini sbg rujukan dibelakang…

  3. sufieyna says:

    terima kasih yer cikgu……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: