Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sumbangan Nicolas Copernicus dan Al-Biruni Dalam Ilmu Astronomi


Bincangkan sumbangan Nicolas Copernicus dan al-Biruni kepada perkembangan ilmu astronomi. 

Pengenalan :

  • Tamadun manusia awal seperti Mesopotamia, Mesir dan Yunani telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu astronomi.  Sehingga kurun ke-16 M teori Ptolemy adalah teras pengetahuan astronomi dan dapat mempengaruhi kajian astronomi Islam dan Eropah Barat.  Pada zaman Abbasiyah, terutamanya Al-Mansur, karya-karya astronomi terutamanya tulisan Ptolemy telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan kajian astronomi telah mencapai kemuncak dengan sumbangan al-Biruni.  Karya beliau juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan dapat mempengaruhi ahli astronomi Barat. Semangat Renaissance yang menggalakkan rasionalisme dan pengujikajian (experimentation) akhirnya berjaya membawa kepada suatu revolusi dalam pengetahuan astronomi dengan penolakan sistem astronomi Ptolemy dan permulaan sistem astronomi Copernicus

Isi :

Latar belakang al-Biruni

Subangan Al-Biruni :

Karya al-Biruni :

  • Menghasilkan sebuah kitab astronomi yang terkenal iaitu Qanun al-Mas`udi. Dalam kitab ini terdapat perbincangan mengenai astronomi, geografi, kartografi dan matematik. Risalah al-Biruni atau encyclopedia astronomy

Sumbangan :

  • Al-Biruni banyak memberi sumbangan dalam bidang astronomi yang bersifat praktik dalam erti kata beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan astronomi seperti menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang-surut air laut.  Astronomi juga berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis bintang atau bujur sesuatu bandar.  Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dan teori geosentrik dalam karyanya yang berjudul Al Tatqiq Marakat al-Syam.  Dia mempercayai teori geosentrik dan menganggap matahari bergerak mengelilingi bumi. 

Al-Biruni :

  1. Memperkenalkan prosuder atau tatacara teori dan kaedah ujikaji yang baru dalam bidang astronomi. Penggunaan ilmu fizik dan matematik.
  2. Memperkenalkan ilmu astronomi dalam bentuk penggunaan, seperti membuat kalendar, waktu sholat, pasang surut air laut dan kedudukan kiblat. Kedudukan garis lintang sesuatu bandar.
  3. Tema kajian dari segi aspek geosentrik dan heliosentrik, menerima berpegang kepada aspek  geosentrik.
  4. Menjadi pelopor perkembangan ilmu astronomi yang lebih saintifik.
  5. Karya Al Tatqiq Marakat al-Syam .
  6. Kajiannya lebih praktikal.

 

Sumbangan Nicolos Corpenicus :

Latar belakang :

Ahli falak berasal dari Poland yang hidup antara tahun 1473 hingga 1543 .

Karya :

  •  Copernicus (1473-1543 M) dalam karyanya, De Revolutionibus Orbium Coelestiom (Concerning the Revolutions of the Heavenly Spheres) yang diterbitkan pada 1453 M.

Teori dan Sumbangan :

  • Mengemukakan teori bahawa matahari merupakan pusat semesta dan bumi beredar mengelilingi matahari.  Dalam peredaran ini bumi berpusing pada paksinya.  Teori Copernicus dikenali heliosentrik yang bertentangan teori geosentrik yang dikemukakan oleh Ptolemy.  Dengan teori ini, pendapat lama yang didasarkan Ptolemy telah ditolak.  Walaupun teori ini diharamkan oleh pihak Gereja tetapi idea Copernicus kian menggalakkan kajian heliosentrik di kalangan ahli astronomi seperti Tycho Brahe, Johanes, Repler dan Galileo.

Karya Copanicus :

  1. Hasil karya Copernicus (1473-1543 M) dalam karyanya, De Revolutionibus Orbium Coelestiom (Concerning the Revolutions of the Heavenly Spheres) yang diterbitkan pada 1453 M.
  2. Kajian copenicus telah mengubah teori astronomi dari geosentrik kepada heliosentrik.
  3. Copernicus juga mempelopori perkembangan baru ilmu astronomi yang baru di Eropah dan menggalakkan ahli astonomi yang lain .
  4. Copernicus Memperkukuhkan kajian yang berasaskan teori dalam ilmu astronomi.
  5. Menggalakkan penciptaan baru dalam mengkaji ilmu astronomi seperti teleskop.
  6. Memperkenalkan prosuder atau tatacara teori dan kaedah ujikaji yang baru dalam bidang astronomi. Penggunaan ilmu fizik dan matematik.

Kesimpulan :

Dengan analisis tersebut, boleh disimpulkan bahawa perkembangan astronomi Islam adalah banyak dipengaruhi oleh Yunani terutamanya sistem astronomi Ptolemy.  Akhirnya, astronomi Islam juga mempengaruhi ahli astronomi Eropah Barat sehingga Copernicus mempersoalkan teori Ptolemy dan mengemukakan teori heliosentrik.

 

One Response

  1. arif says:

    Salam..boleh sy dptkn sumbernya?
    ada tugasan mengenai al-biruni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 193 other followers

%d bloggers like this: