Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sumbangan Marco Polo


Bincangkan sumbangan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

Pengenalan :

  • Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal dari Venice, Itali. Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal kerana penglibatan dalam bidang perdagangan di Timur Tengah.
  • Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun.

Isi :

Lawatan ke China :

  • Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika berusia 17 tahun. Dalam perjalanan, beliau melalui negara Parsi , Hormuz, Kermen. Belkh, Lembah Oxus, Pamir, Kashgar, Yarkhand, Khotan dan Lob Nor ke China.

Berkhidmat sebagai duta :

  • Marco Polo berkhidmat dengan Maharaj Kublai Khan selama 17 tahun dan dilantik sebagai duta ke kawasan jauh seperti Shansi, Shensi, Szechuan,Yunan, Tibet dan Burma. Mengetuai misi diplomatik ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Sri Lanka.

Menulis kemajuan peradaban timur :

  • Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of  Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar besar.
  • Orang China juga menghasilkan serbuk letupan, mencetak buku dengan menggunakan blok kayu berukir. Maklumat tentang kemajuan peradaban China mempengaruhi masyarakat Eropah khususnya dalam bidang ekonomi.

Catatan tempat-tempat yang dilawati :

  • Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan Constantinople.
  • Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati, membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China.

Menulis kitab pengembaraan :

  • Beliau menulis sebuah buku  berjudul The travels of Marco Polo ketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan dalam bahasa Latin , Sepanyol dan Inggeris. Buku ini menjadi sumber rujukan bagi para pengembara Eropah khusussnya dari negara Portugal dan Sepanyol untuk melakukan ekspedisi menjelajah ke luar.
  • Maklumat yang terkandung dalam buku ini mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut ke timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperto Friar Odoric dan John Monte Corvino tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku tersebut.

Sumbangan dalam bidang geografi :

  • Maklumat tentang ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau  membantu pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi dan menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta yang dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama masihi.

Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan :

  • Penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
  • Raja Henry telah mengasaskan satu institusi pelaut untuk menggalakkan orang Portugis terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Merapatkan hubungan antara Barat dengan timur :

  • Maklumat tentang dunia timur khususnya negara China oleh Marco Polo telah menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke China.

 Kesimpulan :

  • Marco Polo telah memberikan sumbangan besar dalam mendedahkan kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah.
  • Kejayaan Marco Polo memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan 16 M.

9 Responses

  1. Naomie Naim says:

    sgt mmudahkan saya.. :)

  2. hafiz says:

    drngan untk mnkluk mlaka

  3. Leslie Lee says:

    SJ 1 ,harap-harap ia keluar tentang marco polo

  4. wanie says:

    salam…tenx…sgt mbntu..

  5. faraweed says:

    bila refer soklan2 camnih,baru la saye tau camne na olah jawapan2 nih tuk soklan lain…trimas..^^

  6. dya says:

    tenkiu cikgu …sgt terbaik

  7. ana says:

    thanx cg…sgt mbantu dlm pbentagn..

  8. ain says:

    mudahkan sy nk buat kje sekolah..

  9. sheila shendy says:

    sy lmah dlam bhgian sumbgan tkoh plyran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Tarikh Hari Ini…

Hits Sejak Sept. 2008

  • 1,713,759 pengunjung

Kalendar 2014

September 2014
M T W T F S S
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Komen Anda

zaman on Hebatnya Lalat…

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 187 other followers

%d bloggers like this: