Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Struktur Masyarakat Islam Eropah


Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

 Pengenalan :

  • Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama 8 abad dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam
  • Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah.
  • Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum di Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab, Muwalladun,(golongan penduduk tempatan),kaum Mozarab, masyarakat  Yahudi dan golongan hamba.

Isi :

Kaum Barbar :

  1. Masyarakat yang hidup menetap.
  2. Kebanyakan tinggal di desa.
  3. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas sebagai buruh,
  4. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol.
  5. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puak kristian.

Kaum Arab :

  1. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah.
  2. Terdiri daripada golongan yang kecil,
  3. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di Damsyik.
  4. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladang-ladang yang besar serta hasil yang lumayan.

Golongan Muwalladun

  1. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam.
  2. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab.
  3. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti.
  4. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi.

Golongan Mozarab :

  1. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
  2. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik.
  3. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom.
  4. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan baik.
  5. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam.

Golongan Yahudi dan Hamba :

  1. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam bidang intelektual.
  2. Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar jizyah.
  3. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah.
  4. Golongan  Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III.
  5. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh dalam bidang politik.
  6. Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting di Sepanyol.

Kesimpulan :

  1. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar kepada pemerintahan Islam di sana.

 

5 Responses

  1. Insyirah says:

    Assalamualaikum cikgu sya tertarik dgn blog ckgu nie. erm nk tnye revolusi thai 1932 ada tak.

  2. norfaizah says:

    Assalamualaikum ..boleh tak masuk kan tentang khalifah yang ada dalam sejarah kertas satu ini ..Contoh nya khalifah umar dan sebagai nya lah ..harap sangat saya akan dapat nota tentang khalifah-khalifah tersebut

  3. FeeNa says:

    ermm stahu sy la an…ttg THAI…2..sj paper 2…ni sume at cni..ttg sj 1..iaitu sj tamadun dunia n tamadun islam :)

  4. Bell says:

    helooo…sye ade assignment ttng pemerintahan tamadun islam zaman andalusia?..
    boleh bg idea ape yg patut sye masukkan dlm assignment
    n ape pembaharuan yg terjadi semasa pemerintahan zmn tersebut?…

  5. Azizah says:

    Saya ada tugasan tentang perkembangan pengajian Islam di eropah. Boleh beri idea ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: