Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sistem Pemerintahan Bani Abbasiyah


Huraikan Ciri-Ciri Utama Sistem Pemerintahan Islam Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah

Pengenalan :

Latar belakang pemerintahan kerajaan Abbasiyah :

  • Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah  kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lainlain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 TM. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.
  • Tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah, Khalifah Abu Abbas Al Saffah, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.

Isi-Isi Penting :

Kedudukan Khalifah :

  • Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan Abbasiyah. Khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine authority ). Pada peringkat kemunduran Abbasiyah, kedudukan khalifah terus dikekalkan kerana ia dianggap punca kesahan kewibawaan dan kuasa seseorang atau sesuatu jawatan.

Dasar Terbuka dalam Pentadbiran :

  • Sistem pemerintahan Abbasiyah membayangkan keadaan sebenarnya masyarakat majmuk. Kerajaan Abbasiyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain. Walaupun pada peringkat awal Khalifah Abbasiyah daripada keturunan Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah ialah bangsa berketurunan Parsi.

Sistem Birokrasi :

  • Pada zaman Abbasiyah, semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dilaksanakan oleh sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid dengan majoriti pegawai diambil daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak berketurunan Arab. Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera pentadbiran. Dalam pentadbiran Abbasiyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.

Pentadbiran Pusat dan Wilayah :

  • Dalam pentadbiran wilayah-wilayah, kerajaan pusat di Baghdad mempunyai hubungan yang rapat dengan wilayah. Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang dilantik dengan persetujuan wazir untuk menguruskan halhal kerajaan. Kedudukan amir bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan kerajaan pusat. Amir-amir tertakluk kepada pengawasan Diwan al-Barid ( Jabatan Pos ). Setiap wilayah juga mempunyai jabatan pos sendiri dan amir wajib melaporkan semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua Jabatan Pos di Baghdad.

Pentadbiran Kehakiman :

  • Dalam urusan kehakiman segala urusannya diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik oleh ketua hakim. Hal-hal sivil yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam terserah kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang Islam diuruskan oleh kadi. Pelantikan hakim berasaskan beberapa syarat seperti lelaki dewasa, beragama Islam, berfikiran waras, dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan.

Pentadbiran Ketenteraan dan Keselamatan :

  • Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, khalifah telah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi ketenteraannya. Pertama, keanggotaan tentera Abbasiyah tidak terbatas kepada orang-orang Arab sahaja. Bayaran elaun dan hakhak istimewa yang pernah diberikan kepada orang-orang Arab telah diberhentikan kecuali mereka yang masih berkhidmat tetap. Kedua, tentera Abbasiyah terdiri daripada tentera bergaji tetap dan tentera sukarela yang hanya menerima bayaran sewaktu mereka bertugas dalam sesuatu kempen. Ketiga, khalifah mewujudkan tentera peribadi yang dikenali tentera Khurasan. Keempat, tentera Abbasiyah juga terdiri daripada orang-orang Turki yang berasal dari Asia Tengah. Mereka ialah mamluk yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf hamba.

Pengurusan Ekonomi :

  • Berbanding dengan Umayyah, pemerintahan Abbasiyah menggalakkan bidang pertanian dan industri untuk memperkukuh ekonomi empayar. Taraf sosial kaum tani dipertingkatkan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang lebih adil dan pelaksanaan sistem cukai yang lebih berpatutan. Perkembangan ekonomi menyebabkan lahirnya golongan pemerintah yang tidak bergantung kepada  keturunan tetapi berasaskan kekayaan dan pengetahuan ilmu.

Dasar Terhadap Golongan Bukan Islam :

  • Dasar terhadap golongan dhimmi ( orang bukan Islam ) adalah lebih terbuka. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah.

Peningkatan Taraf Keintelektualan :

  • Penterjemahan, perkembagan pelbagai ilmu, dan kelahiran pelbagai mazhab pada zaman Abbasiyah menyebabkan berlakunya peningkatan taraf keintelektualan. Zaman Abbasiyah menyaksikan penterjemahan karya-karya Plato, Aristotle, Euclid, Galen, dan lain-lain ke dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh Asia Barat. Sekolah dan pusat pengajian tinggi diwujudkan di seluruh empayar.

Hubungan Diplomatik :

  • Pada zaman Harun al-Rasyid telah muncul empat buah kerajaan besar iaitu kerajaan Byzantine yang berpusat di Istanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis di Eropah, dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan kerajaan Perancis adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan kerajaaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine adalah genting dan sering bermusuhan.

Sistem Pewarisan Dasar Pemerintahan :

  • Al Makmum mewarisi pemerintahan bapanya Abu Jaafar Al Mansur. Beliau meneruskan kegemilangan pentadbiran dan keintelektualan yang telah dilaksanakan oleh bapanya.

Kesimpulan :

Apa-apa yang berkaitan.

 

7 Responses

  1. Farhana says:

    tme kseh ckgu … blog ckgu byk mmbntu sy ..

  2. shakila says:

    ckgu….. sya copy ye.. utk rujukan spm 2012…

  3. agnes says:

    thank cgu.. blog nie bnyk mberi maklumat bt sa..

  4. Masidah says:

    Syukron bwat penulis..

  5. norashikin salleh says:

    as salam..saya juga ucapkan terima kasih dapat membca untuk final wxam saya.. walaupun dulu 35 tahun yg lalu saya ambil sejarah islam..tapi tak semua saya ingat..halkan ue dan doakan exam saya pd 8/12/2013 di uumkl..tk..salam.

  6. vivenna vivin says:

    terima ksih cgu

  7. zankazuma says:

    terima kasih cikgu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 182 other followers

%d bloggers like this: