Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Prinsip Asas Ekonomi Islam


Jelaskan prinsip asas ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan aktiviti ekonomi yang diharuskan oleh Islam.

 Pendahuluan :

  • Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
  • Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani.
  • Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Isi :

Hak milik individu :

  • Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hokum dan peraturan Allah.
  • Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, aka, kehormatan dan keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara haram.
  • Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak. 

Hak milik umum :

  • Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
  • Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan secara adil  dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.

Aktiviti ekonomi yang diharuskan :

  • Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
  • Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
  • Dalam proses mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkar  yang diharuskan sahaja.

Kesimpulan :

  • Pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta antara individu disatu pihak dan masyarakat dipihak yang lain.   

 

One Response

  1. ana says:

    cikgu, boleh tolong saya huraikan prinsip-prinsip ekonomi islam dan kaitannya dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi islam pada zaman khalifah Umar al-khattab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: