Weblog Cikgu Jumali

Weblog Sejarah STPM 940/1 ini adalah untuk pelajar Program Persediaan Universiti (PPU), SMK Seri Tanjong, Melaka yang mengambil Elektif Sejarah dan semua pelajar PPU seluruh negara…

Pra-Sejarah


Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. 

Pendahuluan :

  • Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia.
  • Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan.
  • Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ).
  • Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM.
  • Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

Isi :

Zaman Prasejarah Awal :

  • Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun.
  • Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar.
  • Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

Zaman Paleolitik Awal :

  • Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
  • Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah.
  • Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting
  • Kayu yang ditutupi dengan rumput.
  • Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali.
  • Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.

Zaman Paleolitik Akhir

  • Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM
  • Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka
  • penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis.
  • Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus.
  • Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang.
  • Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum.
  • Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang.
  • Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur.
  • Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata.
  • Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir.
  • Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.

Zaman Mesolitik :

  • Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM.
  • Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian.
  • Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak.
  • Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia.
  • Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai.
  • Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain
  • Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik :

  • Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.
  • Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia.
  • Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka.
  • Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks.
  • Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
  • Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban.
  • Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Kesimpulan :

  • Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan.
  • Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.

38 Responses

  1. waniey says:

    fakta dan isi yang bernas, sya dan kwn2 bleh fham dgn maksud zaman prasejarah………..

  2. arin says:

    apakah kepentingn revolusi pertanian pada zaman Neolitik

  3. Rashid says:

    Assalamualaikum cikgu..saya nak tanya fossil tulang haiwan purba(Dinosaur) pernah dijumpai di malaysia??…

  4. A.Farhana says:

    terima kasih cikgu…

  5. m.syahir says:

    assalamualaikum ckg..
    sya nk tnya sikit…tntang maksud apa itu revolusi neolitik..boleh ckg terang kat saya x..

    • fastnote says:

      Revolusi neolotik maksudnya berlaku perubahan-perubahan pada zaman neolitik yang mana perubahan itu amat berguna dan menjadi asas kepada pembentukan tamadun awal manusia. Contoh perubahan atau revolusi dalam petempatan manusia, awalnya nomad, kemudian mula menetap, pada zaman neolitik telah ada perkampungan… perkampungan ini berkembang maju dan pada zaman tamadun ia menjadi bandar… Asasnya pada zaman neolitik, mereka mengubah corak petempatan.

  6. aien says:

    cikgu,nk tny 1 soaln tamadun indus memiliki ilmu perancangan bandar yg mnkjubkn.bncgkn??cmner nk jwb ble stpm nty??

  7. safwan says:

    assalamualikum cikgu… saya nak tanya…soalan tentang “kepentingan zaman neolitik kepada perkembangan tamadun dunia” macam mana nk mencari isinya…?

  8. safwan says:

    cikgu…adakah revolusi pertanian itu berlaku sewaktu zaman mesolitik atau zaman neolitik? kerana apa yang ada dalam buku yg saya gunakan dalam tingkatan 6, mengatakan yang revolusi pertanian berlaku sewaktu zaman neolitik… dan pada zaman mesolitik…manusia masih tidak menjalankan kegiatan pertanian kerana mereka masih menjalan kegiatan penangkapan hasil hutan.
    boleh x cikgu terangkan dengan lebih mendalam lg…kerana saya tidak tahu mana satu yg betul….

    • fastnote says:

      Para sejarahwan telah mengkelaskan zaman paleolitik dan mesolitik tergolong dalam zaman pra-sejarah awal iaitu zaman yang lebih kurang sama dari segi penggunaa teknologi yang ringkas dan mudah, tetapi zaman neolitik digolongkan dalam zaman pra-sejarah akhir iaitu zaman kemuncak pra-sejarah sebelum zaman tamadun menyusul. Sudah tentu asas-asas dalam zaman neolitik ini menjadi asas utama dalam zaman tamadun. Oleh itu revolusi pertanian merupakan sebahagian daripada perubahan-perubahan utama yang penting untuk zaman tamadun untuk memenuhi permintaan bekalan makanan yang meningkat kesan daripada perkembangan petempatan kekal menjadi bandar…….

  9. safwan says:

    assalamualaikum cikgu… macam mana kita nk cerita tentang definisi revolusi perindustrian, serta definisi prasejarah?

  10. rafidah says:

    saya nak tahu apakah ciri-ciri zaman prasejerah akhir…….

  11. ewa says:

    assalamualaikum ckgu..sy nk tnye pakaian yg dignakn pd zaman awal paliolitik

  12. nor says:

    salam 1 malaysia bt ckgu.. sy ada soalan nk tanya .. blh x sy thu jurnal sejarah ni apa?? bila sy cri dlm internt.. sy keliru.. maklumat yg sy bc 2 adalah jurnal sejarah 2 x..

  13. yaya says:

    ckgu, sya nk tnya..knapa sungai amat pnting kpd msyarakat prasejarah

  14. eca asassin says:

    cikgu..apa soalan ramalan for sej 1 stpm 2010 ni.,,

  15. fatynn says:

    bleh cpt fhm . :)

  16. fini says:

    Asalamualaikum cikgu,saya nak tanya apakah pentingnya batu hoabinh?

    • fastnote says:

      Hoabinh (Vietnam: Văn hóa Hòa Bình) ialah istilah yang mula digunakan oleh ahli arkeologi Perancis di Vietnam Utara untuk memerikan himpunan arkeologi Zaman Holosen yang digali dari rumah-rumah batu. Ia telah menjadi istilah biasa untuk menggambarkan himpunan artifak batu di Asia Tenggara yang mengandungi serpihan artifak batu buntar, berusia sehingga sekitar 10,000 – 2,000 SM…

  17. ricky says:

    sejauh mana revolusi ptanian mempengaruhi p”kembangan tamadun awal manusia?

  18. jyo says:

    cikgu,tolong bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman prasejarah awal dengan prasejarah akhir?

    • fastnote says:

      Pra sejarah awal tu zaman paleolitik, pra sejarah akhir tu zaman neolitik…… Cuba tengok nota cikgu tu dah ada rasanya… (rujuk nota Ciri-ciri Paleolitik dan Neolitik)

  19. assalamualaikum……..ckg mohon copy ye…….byk fakta2 yg pdt dan rngkas……t.q

  20. Angel Najwa says:

    assalamualaikum cikgu….
    blh cikgu trangkn perkembangan & peranan sistem tulisan yg trdpt dlm tamadun awl??

  21. Sofea; says:

    Sye x berape nk fhmm :)

  22. adi abdillah says:

    assalamualaikum ckgu, cikgu jumali asalnye dr mane? malaysie ato kebumene?

  23. Selamat sejahtera cikgu , Sye nk tanye tentang Konsep Revolusi – pengenalan dari tingkatan 4 ..

  24. Assalamualaikum…apakah perbezaan zaman hoabinhian dengan zaman mesootamia.boleh terangkan? terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Tarikh Hari Ini…

Hits Sejak Sept. 2008

  • 1,230,934 pengunjung

Kalendar 2013

May 2013
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 139 other followers

%d bloggers like this: