Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perubahan Pada Zaman Pertengahan Di Eropah


Perubahan yang banyak berlaku pada Zaman Pertengahan telah membawa kepada kemunculan Negara bangsa di Eropah. Ulaskan penyataan ini.

Pengenalan :

  • Idea pembentukan Negara bangsa pada abad ke-15 seiring dengan perkembangan zaman Renaissance di Eropah
  • Negara bangsa = sebuah Negara bebas daripada konsep empayar. Berada di bawah kedaulatan seorang raja yang berkuasa mutlak.
  • Raja berkuasa dalam mengenakan cukai, isytihar perang, mentadbir & kuatkuasakan undang-undang.
  • Negara bangsa juga merupakan entiti politik yang mempunyai kerajaan pusat yang kuat & teratur, sempadan tertentu.
  • Penduduk terikat bersama keturunan, bangsa, sejarah, budaya & semangat kebangsaan yang sama.
  • Oleh sebab berlaku banyak perubahan di Eropah pada abad ke 15: konsep Negara bangsa mula muncul di England, Sepanyol & Perancis.

Isi-isi :

Kemerosotan sistem Feudal :

  • Susun lapis masyarakt Eropah telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Menurut sistem ini: terdapat raja, vassal/ bangsawan, petani dan rakyat biasa. Raja memiliki tanah & berperanan melindungi golongan bawahan. Raja serahkan tanah kepada lord/vassal. Lama kelamaan kedudukan lord semakin berkuasa hingga kedudukan raja terancam. Raja gunakan wang daripada jualan hasil tanaman untuk berperang dengan vassal. Kejayaan raja serang & satukan kawasan sekitar yang didiami satu bangsa yg sama telah menyebabkan Negara bangsa terbentuk. Raja tidak lagi bergantung kepada bangsawan & rakyat mula beri kesetiaan kepada raja yang memerintah

Kemajuan Ekonomi :

  • Pertanian, perdagangan & perindustrian berkembang pesat pada Zaman Pertengahan. Pedagang & pengusaha memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang kuat. Mereka sanggup bayar cukai & menyokong pihak yang dapat beri perlindungan kepada mereka. Muncul beberapa orang raja seperti Louis XI dari Perancis dan Raja Henry VII yang Berjaya kumpul banyak wang melalui cukai. Raja itu dapat menggajikan tentera dan pegawai kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Kawalan Atas Golongan Gereja :

  • Pada zaman Pertengahan, golongan gereja yang berpengaruh juga mengancam kedudukan raja. Gereja telah kuasai kekayaan. Raja telah ambil tindakan dengan meluaskan penguasaan mereka atas gereja. Contoh: Raja Francis I dari Perancis telah membuat persetujuan dengan Pope Leo X. Kawalan atas gereja juga dibuat dengan memberikan peluang kepada rakyat biasa & golongan cendiakawan memilh pemimpin gereja. Raja dapat kesetiaan golongan bangsawan dan rakyat biasa. Di Perancis selepas tahun 1516 M raja kuasai semula gereja.

Pemberian Anugerah Kepada Golongan Bangsawan :

  • Untuk kukuhkan kedudukan raja, golongan bangsawan diberi anugerah seperti Duke, Earl, Baron dan Count. Walaupun pengaruh mereka berkurangan tetapi raja perluu kawal mereka untuk mendapatkan kesetiaan & kawal tindakan mereka. Gelaran ini boleh diwarisi: kesannya raja berkuasa mutlak & Negara bangsa menjadi kukuh

Penggunaan Bahasa Kebangsaan :

  • Raja juga perlu sokongan golongan menengah. Mereka diberi kebebasan berbahasa. Tetapi di peringkat pusat bahasa kebangsaan digunakan. Buku-buku di tulis dalam satu bahasa yang sama. Contoh di Perancis – dialek orang Norman & Burundi cuba digantikan secara beransur-ansur oleh bahasa Perancis dalam buku yang dihasilkan

Perang Salib :

  • Perang Salib menyebabkan kemerosotan sistem feudal di Eropah apabila kedudukan gereja  makin kuat. Peluang digunakan oleh raja untuk kukuhkan kedudukan mereka & laksanakan ekspedisi ketenteraan dalam usaha membentuk Negara bangsa. Perang salib juga beri peluang kepada bangsa Eropah datang ke Timur Tengah untuk melihat sendiri keunggulan tamadun Islam. Hasilnya mereka bertekad untuk hidupkan kembali zaman kegemilangan Yunani dan Rom. Pertembungan budaya Arab dan Eropah melahirkan juga perubahan intelektual. Tercetus juga hasrat untuk mewujudkan Negara berasaskan identiti bangsa Eropah.

Kesimpulan :

Jelaslah banyak perubahan yang telah berlaku di Eropah pada akhir zaman Pertengahan. Pembaharuan ini telah mempengaruhi pembentukan dan perkembangan konsep Negara bangsa di Eropah menjelang abad ke 15. 

 

2 Responses

  1. Nicole says:

    golongan gereja ialah kristian atau katolik?

  2. farid_kurosaki says:

    Terima kasih cikgu, appreciate ur effort. Saya pelajar uni, tapi nota ni pun compact, dapat tolong ckit research saya.:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 197 other followers

%d bloggers like this: