Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perkembangan Masyarakat Islam di China


Huraikan perkembangan masyarakat Islam di China sehingga abad ke-15 Masihi.

Pengenalan :

Latar Belakang masyarakat Cina dan geografi kedudukannya sebelum Islam :

Beberapa versi kedatangan Islam ke negeri China :

  1. Islam dibawa China oleh Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib.         
  2. Versi kedua mengatakan kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang.
  3. Menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datanmg ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630M.
  4. Hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4M

Isi-isi Penting :

Kedatangan Islam Ke China :

  1. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula  dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.
  2. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.  

Pendatang Arab dan Parsi :

  1. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi.
  2. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam.

Perluasan kuasa ke Asia Tengah :

  1. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China.
  2. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.

Asimilasi :

  1. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
  2. Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang.

Penempatan Masyarakat Islam :

  1. Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri.

Pembinaan Masjid :

  1. Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
  2. Di Nanking sahaja terdapat  36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat.
  3. Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin.

Peranan Ulamak :

  1. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi,

Dasar Kerajaan China :

  1. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan  di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama  seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming.
  2. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat  sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.
  3. Sebagai  contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. 

Sumbangan Islam :

  1. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya  di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .

Kesimpulan :

Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman khulafa ar-Rasidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China untuk beberapa ketika.

 

2 Responses

  1. FATIN 'AMIRAH BT AHMAD AZHAR says:

    bole saya tahu sumber nih dari buku mne? sbb sya nk bt assignmnt tentang tajuk nih

  2. zemah ex seri tanjong~~ 2010/2011 says:

    cikgu,kalau nak buat perkembangan islam di india @ china bolehkan guna bahan ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 185 other followers

%d bloggers like this: