Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Tamadun India zaman klasik dan Tamadun Islam.
Pendahuluan :
- Latar belakang Tamadun India : Terletak di Lembah Sungai Indus dan Sungai Ganges Utara India. Dimulakan pada zazam Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya diikuti Dinasti Gupta. Agama Hindu dan kitab Veda mempengaruhi system pendidikannya kecuali zaman Asoka.
- Latar belakang Tamadun Islam diasaskan oleh Nabi Muhamad SAW diikuti dari zaman Khulafa, Bani Ummaiyah, dan Bani Abbasiyah sehingga berkembang di Alam Melayu. Asas pendidikan Islam ialah Al-Quran dan Sunnah
- Institusi pendidikan merupakan institusi social berperanan mengurus dan mentadbir pendidikan secara sistematik – Tamadun Arab dan India melahirkan banyak institusi-institusi pendidikan yang berperanan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan social.
- Institusi pendidikan Tamadun Arab seperti rumah ulama, masjid, madrasah,perpustakaan, sekolah,istana,dan universiti. Di India pula di Agrahara, Parishad, Matha, Pandita, Sabha, Monastri, dan universiti.
Isi :
Institusi Pendidikan Arab :
- Masjid – untuk beribadat, berdakwah, dan pusat pembelajaran. Contoh Masjid Jami’al Manshur dan Masjid Jami’ah Amru b’ Ash - subjek fekah. al-Quran, Hadis dan bahasa Arab.
- Madrasah – mengambil alih peranan masjid sebagai pusat pelajaran kerana berlaku pertambahan pelajar. Contoh madrasah terawal didirikan oleh Nizam al-Muluk di Baghadad dikenali sebagai Madrasah Nizhamiah. Contoh imam yang mengajar ialah imam al-Ghazali, Baha al-Din, dan Salah al-Din.
- Rumah ulama – rumah Arqam ibn Arqam digunakan pada zaman awal perkembangan Islam. Rumah Nabi Muhamad SAW dan rumah ulama seperti Ibnu Sina dan iman al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran.
- Istana – pada zaman khalifah Muawiyah digunakan untuk pembelajaran syair Islam. Dikenali sebagai Shalunatul Adabiah. Zaman Abbasiyah tempat tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan para ulama.
- Perpustakaan – didirikan pada zaman Abbasiyah. Terdapat 20 perpustakaan di Spanyol yang terkenal antaranya perpustakaan Cordova yang memiliki 600,000 jilid buku pada abad ke-10. Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan Tripoli yang berperanan meminjam buku ,penerbitan, penulisan,penterjemahan, dan pendidikan karya ilmiah
- Sekolah – berperanan menjalankan peyelidikan dan penemuan sains. Ahli akademik meluaskan pembelajaran ilmu silam yang diwarisi tamadun Yunani.
- Universiti – contoh Nizamiah, Munstansiriah, al-Azhar,Rasyidiah, dan al- Zaitouna menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Spanyol universiti Cordova, Servilla, Madaga, dan Granada menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh Eropah.
Institusi pendidikan India :
- Rumah guru (Gurukula) – dikenali Upadhyaya atau Acharya – mengajar pelajar dari kelas atasan yang tinggal di rumah guru.. Mengikut kelas formal. Subjek veda, vedanga, enam aliran metafizik, undang-undang dan sekular serta upacara ritual agama
- Parishad – dianggotai Brahman. Subjek, veda, logik, kinamsa,vedanga,, dan manu. Menjadikan asas kelahiran universiti klasik seperti universiti Taxila, Benares, dan Nadia.
- Matha – dikendalikan badan agama dan menerima bantuan dan geran daripada pemerintah. Ada kemudahan asrama, perpustakaan dan dewan kuliah. Subjek, mimamsa, nahu, dan astronomi. Contoh matha yang terkenal yang didirikan Raja Yasaskara di Kashmir.
- Agragara – koloni yang didiami sarjana Brahman yang memainkan peranan sebagai pusat pengajian pasca ijazah. Sebagai tempat kajian bagi mendalami pelbagai ilmu.
- Panditha Sabha – tempat persidangan kebangsaan para pemerintah dan cendikiawan bertemu untuk berbincang tentang teknologi dan falsafah. Lahirkan sarjana terkenal dalam pelbagai lapangan.
- Monastri – institusi pendidikan penting zaman klasik. Sekolah berasrama penuh yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Contoh Varanasi, Valabhi,Pataliputra,Odantapuri, Jagaddala, dan Kanci.
- Universiti – seperti Taxila, Vikramasila, dan Nalanda. Universiti Nalanda adalah pusat pengajian Buddha Mahayana dinaungi Raja-raja Guptha. Mempunyai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan kuliah.
Kesimpulan :
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan menunjukkan tamadun India dan tamadun Arab memberikan sumbangan besar dalam pendidikan. Institusi ini berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan memainkan peranan dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Komen Anda