Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Peranan Raja Dalam Pemerintahan Melaka


Huraikan peranan Raja dalam sistem pemerintahan Melaka pada abad ke 15 Masehi.

Pengenalan :

  • Konsep pemerintahan Beraja dizaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sejak pemerintahan Sultan Iskandar Syah dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
  • Raja berkuasa mutlak, dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.

Isi :

Pentadbiran :

  • Ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan  dan ketua agama Islam
  • Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.

Perundangan :

  • Raja bertanggungjawab sebagai ketua kehakiman.
  • Raja mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti  Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan.
  • Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah.
  • Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya.

Hubungan Luar :

  • Raja bertanggungjawab menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar demi kepentingan Melaka contohnya kerajaan Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara China unuk mengelakkan dari diserang oleh Siam, pihak China telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405.

Ketenteraan :

  • Raja adalah ketua angkatan tentera, walau bagaimana pun , Sultan tidak pergi berperang tetapi tugas berperang dipertanggungjawabkan kepada Bendahara.
  • Raja mempunyai kuasa mutlak mengerahkan rakyat menyertai tentera tanpa diberi upah.

Agama Islam :

  • Raja adalah ketua agama Islam dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Islam diamalkan dan diterapkan dalan system pentadbiran negara.
  • Pengaruh hukum Islam dalam system perundangan amat jelas semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dari amalan baginda berangkat ke masjid untuk bertarawih dan Sultan Alaudin Riayat Syah yang melaksanakan hukum Hudud bagi kesalahan jenayah mencuri, merompak dan menyamun.

Ekonomi :

  • Raja mengetuai pentadbiran ekonomi di Melaka.
  • Raja dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar bagi melicinkan urusan perdagangangan di Melaka.
  • Raja bertanggungjawab mewujudkan hubungan baik dengan kawasan-kawasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi dari kawasan pendalaman.
  • Raja menguasai bidang ekonomi dengan mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dab hamba.

Kesimpulan :

  • Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka gemilang pada abad ke 15 hingga 16.
  • Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk pemerintahan sistematik dan teratur.
  • Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan konsep daulat da Melaka

 

7 Responses

  1. m.syahir says:

    apakah yg dikatakan…undang-undang laut melaka

  2. amanina says:

    apakah perbezaan antara raja berkuasa mutlak dengan sistem raja berperlembagaan?

  3. syaza says:

    apakah perbandingan peranan sultan pada zaman pemerintahan kerajaan melaka dengan sultan pada masa kini

  4. hazirah says:

    apakah perbandingan peranan sultan pada zaman pemerintahan kerajaan melaka dengan sultan pada masa kini

  5. nur athirah bt azhar says:

    apakah perbandingan peranan sultan pada zaman pemerintahan kerajaan melaka dengan sultan pada masa kini

  6. jj says:

    apakah tanggungjawab rakyat pada zaman kesultanan melayu melaka?

  7. mahwa says:

    Apakah persamaan sistem pemerintahan melaka dengan sistem pemerintahan negara pada masa kini..

Leave a reply to amanina Cancel reply

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,430 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930