Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Masyarakat Islam Zaman Umayyah


Huraikan golongan masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah.

Pendahuluan

  1. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin. Nama Bani Umayyah bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd. Syam bin Abd. Manaf.
  2. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah. Apabila Saiyidina Ali menjadi khalifah, beliau telah memecat Muawiyah b. Abu Sufian daripada jawatan Gabenor di Syam. Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
  3. Zaman pemerintahan Bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman Kehancuran.

Isi :

Golongan pemerintah :

  1. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan
  2. Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.
  3. Sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.

Golongan Mawali :

Hamba yang telah memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia) hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

Golongan Zimmi :

Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

Golongan Hamba :

Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

Golongan Azariqah :

Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai Perang Jamal/Perang Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

Golongan Najdiyah :

Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya  bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.

Kaum Syiah :

Ingin menuntut bela  atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain  sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

Kesimpulan.

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

3 Responses

  1. nurul says:

    Salam..blh jelaskan faktor2 keruntuhan atau kemunduran zaman tamadun umaiyyah..

  2. asmadi adie says:

    tanks..bole dijadikn panduan,,,hehehex

  3. kaki_nola says:

    tq…info nie memang berguna…,utk exam nnt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 197 other followers

%d bloggers like this: